KUALALUMPUR — Tindakan memainkan isu negara Islam dan hukum hudud secara
berterusan oleh media Barisan Nasional (BN) adalah percubaan terdesak
untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap rasuah dan salahguna
kuasa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ketua pembangkang hari ini menggambarkan usaha parti pemerintah BN
untuk memainkan isu perkauman dan agama dalam media yang dikawal Umno
sebagai “cubaan keji untuk mengugut dengan hasutan agama dan
persengketaan etnik “ yang dibuat dalam keadaan politik terdesak
menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menegaskan PR komited kepada prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dasar PR dan Buku Jingga kekal utuh menjelaskan penyata dasar dan
prinsip-prinsip tadbir urus kami, “kata Anwar dalam satu kenyataan
akhbar hari ini.
“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan; Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu bersama-sama dengan kedudukan
hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan hak-hak kaum lain
seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
“Tentang syariah, hudud dan negara Islam, kami mengiktiraf dan menghormati perbezaan pandangan dan pendirian parti komponen PR.”
Anwar menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan permainan
“politik terdesak dan intimidasi” BN serta menilai situasi dengan matang
sebelum membuat keputusan.
“Dalam keadaan ini PR akan terus berpegang kepada prinsip universal
tentang keadilan, pentadbiran baik, akauntibiliti, ketelusan dan
kompeten dalam rangka untuk mencapai kebaikan demi rakyat,” katanya.
“Kita harus fokus dengan agenda untuk perubahan. Kita harus
meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, kualiti pendidikan,
kemudahan kesihatan dan perlu menyemak peningkatan kos yang membebankan
rakyat.”
Bekas perdana menteri dan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
masih mempunyai pengaruh kuat telah berkata bahawa PAS perlu sedar
mereka akan lebih berjaya menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud
jika mereka menyertai Umno.
.
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
3 months ago
0 Komen pengunjong :