KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali
enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya
memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan
pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi,
Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober
1998.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum
ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan
Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada
Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum
ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda
sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung
Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana
sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di
samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin
menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka
bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda
mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi
memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.
Azwan
percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi
memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah
itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya
melalui akaun twitternya.
“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan
dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,”
katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber
walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi
menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui
menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan
prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’
(pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,”
katanya.
.
0 Komen pengunjong :