KUALA LUMPUR 24 Ogos: Kerajaan Umno BN dinasihat menumpukan masalah
rakyat, bukan menjadikan isu keluarga Timbalan Presiden KEADILAN sebagai
senjata menjatuhkan karier politiknya, kata Ketua Cabang Rembau, Badrul
Hisham Shaharin.
Beliau berkata, banyak lagi masalah rakyat yang perlu diangkat termasuk kenaikan harga barang hingga membebankan pengguna.
“Saya rasa malu sebab masalah ini tidak dipandang serius oleh
kerajaan, sebaliknya manjadikan isu keluarga Azmin Ali sebagai modal
politik Umno BN.
“Kalau betul pun keluarga Azmin ada masalah, ia tidak perlu
diperbesar-besarkan sehingga keluar dalam berita nasional,” katanya
ketika dihubungi.
Beliau mengulas tindakan Umi Hafilda yang memperalat ibunya, Che Tom
Yahaya untuk mengkritik abangnya, Azmin ketika umat Islam meraikan
Aidilfitri.
Buletin Utama
TV3 baru-baru ini memaparkan kononnya ibu
Azmin kecewa kerana beliau tidak pulang berhari raya serta menziarahi
ibunya walaupun banyak kali dihubungi.
Umi kemudiannya mempertikaikan Azmin yang menjadi pemimpin sedangkan tidak menghiraukan ibunya sendiri.
Mengulas perkara itu, Badrul yang lebih dikenali Chegu Bard berkata,
Umi tidak perlu hipokrit dan berpura-pura baik kerana rakyat Malaysia
sudah mendengar pelbagai cerita berkenaan hubungan Umi dan keluarganya.
“Bukan sedikit kita dengar cerita Umi dengan keluarga dia. Kalau kita
nak ungkit, macam-macam kita boleh ungkit. Tapi tak perlu sebab ia
adalah isu keluarga. Banyak lagi masalah rakyat yang perlu
dibangkitkan,” katanya sinis.
Berdasarkan catatan Ali Omar pada 18 Oktober 1998, beliau telah
melucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia
dan akhirat serta melarangnya pulang ke rumah di Kampung Kelang Gate,
Setapak.
Mengikut catatan bapanya itu, pelucutan waris wasiat tersebut lebih
kepada masalah yang dilakukan Umi sendiri termasuk sikap melawan, tidak
mempeduli nasihat, riak, takbur dan pembohong di samping penglibatannya
dalam konspirasi dan komplot terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim
ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Allahyarham bapanya, Umi pernah beberapa kali mengasari
ibunya sehingga sanggup menuding jari telunjuk ke muka ibunya dan
disuruh ‘shut up’ dan mengherdik dengan berkata jaga sikit mulut.
“Sejak 1988, sudah tiga empat kali Umi lari dari rumah,
berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah,” jelas bapa Umi dalam catatan
pengakuannya.
Menurut Ali lagi, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila dia
memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20
Februari 1998 sebelum dirujuk kembali.
.
0 Komen pengunjong :