Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Blog Anwar digodam, tertera tulisan ‘Saya Menyokong Israel’


KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam digodam dengan menghantar "post" palsu mengatakan bahawa beliau adalah penyokong zionis di Israel, termasuk dengan permohonan maaf kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mesej perayaan Aidilfitri yang akan disambut esok. Ketua umum PKR itu menuduh "cybertroopers" dari musuh politiknya, Umno menyerang blognya (http://anwaribrahimblog.com) dalam usaha memalukan beliau di kalangan Netizen, selepas pemimpin pembangkang itu mengakhiri sesi chat Internet di Google Hangout. "Puak umno godam blog dan fitnah!" Anwar mengepos kenyataan itu di akaun Twitternya @anwaribrahim pada pagi ini, selepas merespon dari laman web mikroblog itu dari seorang yang dikenali sebagai @anuarazizi yang mahu mengetahui adakah mesej itu benar.
Tuduhan memalukan yang dilakukan penggodam yang tidak dikenali itu sudah dibuang dari blog Anwar.
Dikatakan blog itu digodam pada jam 11.50 malam dengan menghantar mesej palsu yang dikatakan dari Anwar.
"Kami tahu bahawa ada "screen capture" dan akan disebarkan untuk memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata pengurus blog beliau.
Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa penggodam itu telah memuatnaik kenyataan Anwar sebagai berkata, beliau malu dengan partinya yang mengejar jawatan perdana menteri dengan memalukan keluarga Najib.
"Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
"Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka."
Serangan godam ke atas blog beliau semalam dikatakan adalah serangan kedua, mengikut laporan dari Sinar Harian hari ini.
Ia juga melaporkan akaun palsu Twitter telah dibuat dua minggu lalu untuk menghantar tweet yang kononnya datang dari pemimpin  pakatan pembangkang itu.
Setakat ini tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan godam itu, namun pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu percaya ia datang dari "cybertropper" Umno.
"Kami yakin ini adalah serangan "cybertrooper" Umno. Siapa lagi yang nak buat perkara ni?" kata beliau lagi.
"Mesej itu dikatakan tentang hubungan Datuk Seri Anwar dengan Israel," kata Nik Nazmi, dan berkata pihaknya sudah berjaya membuang pos itu semalam.
Ahli dewan undangan negeri Seri Setia itu berkata penggodam telah mengambil kesempatan ketika Anwar baru sahaja menghabiskan sesi "Borak Bersama Anwar", yang bermula pada jam 10:30 malam semalam dan berakhir dalam masa sejam.
Sementara Anwar menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat selepas dihalang oleh media perdana, sokongan di Internetnya masih lagi kurang berbanding perdana menteri Najib.
Menurut tinjauan dari laman web pemantau sosial media socialbakers.com pada 8 Ogos menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 "likies" dan 801,833 "followers", sementara Anwar hanya 379,612 "likes" di Facebook dan 179,830 "followers" di Twitter.
Tetapi "followers" mereka berharap Google Hangout akan mengembangkan pengaruhnya ke atas anak muda yang terdedah dengan Internet, dengan pengundi dari golongan ini mencecah 3 juta daripada 12 juta jumlah keseluruhan pengundi.
Pembangkang sering dilihat mempunyai kelebihan di ruang siber berbanding Barisan Nasional, tetapi kebelakangan ini parti pemerintah itu berjaya meningkatkan kemampuan mereka di ruang siber dengan portal berita pro-BN dan sokongan di dalam Twitter.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan perdana menteri Australia Julia Gillard telah menggunakan Google Hangout untuk berhubung dengan rakyatnya, disamping untuk kempen pilihan raya.
.

0 Komen pengunjong :