Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bekas tahanan ISA ikrar perjuang pembebasan tahanan ISA lain

fadzullah abdul razak

Waktunya kira-kira satu jam menjelang waktu senja di pinggir bandar yang tenang di Sungai Buloh, Selangor, dan keluarga Abdul Razak sedang menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, kesemua lima anak Abdul Razak dan Hadijah CP Veeravu akan berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan.

Hanya sejam sebelum kunjungan Malaysiakini, anak lelakimereka, Fadzullah (kanan) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - di mana dia ditahan tanpa bicara selama 23 bulan dan 14 hari, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah.

Tetapi jauh daripada memikirkan sambutan hari raya yang menjelang tiba, Fadzullah berkata "keutamaannya" sekarang ialah untuk berkempen bagi pembebasan 30 lagi yang masih ditahan di bawah ISA, yang dia yakin adalah satu undang-undang yang "kejam'.

"Oleh kerana saya telah melaluinya, maka saya tahu betapa kejamnya ia dan apa yang berlaku kepada tahanan termasuk dalam tempoh tahanan reman.

"ISA kejam, dari segi pemenjaraan, penyiksaan dan sekarang, hakikat ialah sesetengahnya dibebaskan awal manakala yang lain tidak," katanya.

Fadzullah menerima 'berita baik' mengenai pembebasannya dengan "perasaan yang bercampur" dan fikirannya masih dengan tahanan lain yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok di dalam bilik kurungan.

"Mereka telah ditahan tanpa sebab dan kini mereka terpaksa
menyambut Aidilfitri di sana, seorang diri. Inilah yang bermain di fikiran saya, ia menjadi satu bebanan berat di jiwa saya."

Katanya, kalau menurut perintah tahanan, beliau dijadual dibebaskan pada 1 September dan oleh itu telah bersedia untuk dibebaskan dalam masa dua minggu lagi.

Fadzulla dibebas sehari sebelum ibu bapanya merancang untuk ke kem tahanan tersebut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan anak sulung mereka itu.

"Kami telah berdoa supaya dia dibebaskan dalam bulan Ramadan ini. Neneknya menasihatkan kita supaya berbuat demikian dengan harapan dia akan dibebaskan sebelum Hari Raya, dan ia terkabul," kata bapanya, Abdul Razak.

"Kami bersyukur kepada Allah, dan mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suaram atas sokongan mereka."
.

0 Komen pengunjong :