Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tuduh Anwar liwat untuk alih perhatian tentang rasuah Umno

KUALA LUMPUR — Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, tindakan blogger Umno menyiebarkan fitnah mengenai laporan polis - seorang mahasiswa yang mengatakan beliau diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambangkan parti tersebut berada dalam keadaan panik untuk mengalihkan perhatian umum berkenaan dengan skandal-skandal rasuah membabitkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak.
Rafizi secara spesifik mengaitkan fitnah terbaru blogger Umno itu adalah untuk menutup skandal LRT Ampang yang melibatkan PM secara langsung - didedahkannya secara bersiri baru-baru ini.
"Saya juga ambil isyarat ini bahawa skandal itu (LRT Ampang) ada asasnya dan PM sendiri merasa bahangnya.
"PM perlu bertanggungjawab bahawa fitnah baru ini dibuat atas namanya untuk menyelamatkan beliau susulan pendedahan skandal - skandal rasuah beliau," kata Rafizi (gambar) kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini, PDRM masih belum lagi menerima sebarang laporan mengenai pertuduhan liwat yang membabitkan ketua pembangkang itu.
"Setakat ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan.
"Terima kasih," jawabnya ringkas dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.
Pengarah strategi PKR percaya, fitnah terbaru ini akan menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan jika parti tersebut tidak terlibat, tindakan harus diambil terhadap blogger tersebut.
"Saya yakin perkara ini akan menimbulkan kemarahan berganda rakyat terhadap Umno.
"Umno perlu ambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut termasuklah menghentikan semua pembayaran dari Umno atau Jabatan Kerajaan," kata Rafizi lagi.
Sebelum ini, blog tersebut seringkali menulis pertuduhan-pertuduhan yang tidak berasas menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan menggunakan perkataan lucah dan kesat.
Walaupun telah banyak laporan polis dibuat terhadap penulis blog tersebut, sehingga kini masih belum ada tindakan diambil penulis blog tersebut.
.

0 Komen pengunjong :