Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Slogan ‘Janji Ditepati’, logonya macam rojak


KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Slogan Hari Kebangsaan ke-55 gagal mempamerkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia pelbagai kaum kerana ia telah dijadikan propaganda untuk menonjolkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional sahaja.
Slogan “Janji Ditepati” itu diselar kerana tidak memperlihatkan semangat nasionalisme, malah memecahbelahkan masyarakat kerana membawa mesej politik sempit semata-mata.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Datuk Dr Rais Yatim yang berdegil menegakkan benang basah dengan mempertahankan slogan berbau kempen pilihan raya tersebut.
Menurutnya, slogan itu hanyalah retorik memandangkan masih banyak janji-janji UMNO yang tidak ditepati, malah dimungkiri.
Beliau mengingatkan tentang masalah pendatang asing di Sabah yang sudah mencecah angka 1.9 juta; selain masalah jenayah yang kian meruncing dan gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi.
“Banyak yang boleh ditulis tentang bagaimana slogan ‘Janji Ditepati’ itu telah gagal dan langsung tidak berjaya sepanjang 55 tahun Merdeka dan 49 tahun pembentukan Malaysia,” ujar beliau.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi contoh-contoh lain seperti kegagalan UMNO-BN menangani keharmonian negara, mencabul demokrasi serta kegagalan menepati janji tiga tahun Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, rasuah dan pelaksanaan transformasi ekonomi dan politik.
Menurutnya, adalah salah dan tidak tepat untuk menggunakan slogan politik BN sebagai slogan perayaan kebangsaan kerana ia memperlihatkan Najib sebagai pemimpin untuk UMNO-BN sahaja.
“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepatutnya adalah perayaan untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, agama, daerah dan fahaman politik untuk bersama-sama sebagai sebuah bangsa,” ujar beliau.
Katanya, slogan itu turut diiringi logo yang disifatkannya sebagai ‘rojak’ dan kelihatan buruk, malah turut menerima kritikan hebat di ruang media sosial disebabkan rekabentuknya yang tidak menepati ciri-ciri sebuah logo.
“Tidak hairanlah kenapa Malaysia di bawah pentadbiran UMNO dan BN begitu berantakan, tidak kiralah dalam soal pembinaan negara, politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial,” ujarnya.
Undian akhbar Sinar Harian dalam jangkamasa 48 jam memperlihatkan 2,359 atau 84% daripada 2,811 orang responden menyokong supaya tema dan logo tersebut ditukar.

–/ Roketkini.com
.

1 comment :

  1. Sayang akan negara Malaysia yang punya menteri penerangan yang ada Dr tapi sama macam profesor kangkong yang ada kat IPTA yang dikawal oleh UMNO/BN.
    Idea yang ada pada orang-orang macam ini bukan sahaja idea yang baghal tapi lansung menjatuhkan imej keintelektualan rakyat Malaysia. Macam mana lah dia ni boleh dapat PhD dan menjadi menteri pula? Itulah Malaysia Boleh agaknya........

    ReplyDelete