KUALA
LUMPUR : PAS, PKR dan DAP telah mengemukakan permohonan untuk
mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang rasmi sebanyak dua
kali, iaitu pada 2009 dan 2011, tetapi kerajaan UMNO-Barisan Nasional
masih takut untuk meluluskannya.
Sebaliknya, UMNO-BN sering memutarbelitkan hakikat dengan mendakwa
kononnya PAS, PKR dan DAP tidak berani untuk membuat permohonan sebagai
gabungan yang sah.
Fitnah terbaru dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
sewaktu perdebatannya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Ahad
lalu di mana Chua mendakwa kononnya Pakatan Rakyat tidak sependapat
tentang logo dan gagal mendaftarkan gabungan oposisi itu secara rasmi.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke menjelaskan bahawa Chua cuba berbohong
tentang perkara itu kerana Pakatan Rakyat telah pun menghantar
permohonan untuk pendaftaran pertubuhan sebanyak dua kali.
“Kali pertama adalah pada 3 November 2009 dan pada ketika itu Datuk
Zaid Ibrahim mewakili PKR sebagai pengerusi dan saya adalah setiausaha
agung mewakili DAP sebagai penaja untuk penyerahan permohonan kepada
pihak Pendaftar Pertubuhan.
“Pada 3 Mac 2011 satu permohanan yang baru telah dihantar dan Datuk
Kamaruddin Jaafar dari PAS telah dilantik sebagai pengerusi menggantikan
Zaid Ibrahim dan saya masih menjadi setiausaha agung,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, semasa permohonan kedua
pada tahun lalu diserahkan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan, beliau
dimaklumkan bahawa permohonan pertama masih belum diluluskan oleh
Kementerian Dalam Negeri.
Katanya, menteri yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut dalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurutnya, cubaan Chua memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang
kononnya tidak komited kerana tidak mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai
satu entiti politik adalah satu lagi fitnah BN, sedangkan fakta
membuktikan bahawa pihak berkuasa masih enggan meluluskan permohonan
Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Loke mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mempertahankan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
yang telah menyembunyikan kebenaran tentang status pemastautin tetapnya
(PR – permanent resident) di Australia apabial beliau (Ng) dilantik
sebagai Senator di Dewan Negara Malaysia.
Katanya, Ng kelmarin telah pun mengaku beliau telah mendapat PR di
Australia dan bangga kerana anaknya telah dididik di negara tersebut.
Loke menjelaskan, Ng seharusnya memohon maaf secara terbuka kerana
telah memegang jawatan sebagai Senator bagi negara Malaysia selama tiga
tahun dari tahun 1993 hingga 1996 sedangkan pada masa itu beliau
memegang status pemastautin tetap Australia.
Beliau mempersoalkan sama ada status kewarganegaraan Ng tersebut
dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia sebelum menerima jawatan sebagai
seorang senator.
“Alasan Ng bahawa beliau perlu menjadi PR Australia untuk memudahkan
anaknya mendapatkan pendidikan di Australia tidak boleh diterima. Apakah
setiap orang yang menghantar anak mereka keluar negara perlu
mendapatkan status PR di negara tersebut?” soal beliau
–/ Roketkini.com
.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
1 day ago
0 Komen pengunjong :