Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Agamawan Umno ‘bisu’ bila pimpinan BN mungkar


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak golongan agamawan Umno yang menikus terhadap kemungkaran oleh pimpinan BN.
“Semua orang tahu anak Mahathir (Mohamad), Mirzan beli syarikat arak, San Miguel. Oh…kalau anak muda minum arak kamu hukum, mahu rotan, mahu penjara.
“Tapi pada pemimpin Umno, kamu diam! Ada kita dengar fatwa? Tidak ada…,” kata Anwar di hadapan 3,000 hadirin sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Petaling Utama, malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau turut menyelar sikap pemimpin Umno BN yang sering meniup sentimen perkauman dan keagamaan.
Katanya, negara memerlukan barisan anak muda untuk mengubah sistem negara yang penuh kebencian dan perkauman.
Beliau mengimbas khutbah pertama ulama tersohor dunia, Sheikh Yusof Al-Qaradawi di Dataran Tahrir selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak, di hadapan tiga juta rakyat Mesir, 18 Februrari lalu.
“Bab pertama (yang dikatakannya), tentang demonstrasi; ‘Bekerjasamalah kamu untuk ketaqwaan dan kebaikan, untuk menolak kezaliman dan penindasan’.
“Bab kedua; ‘anak muda Muslim dan bukan Islam mesti menegakkan kalimatul-haq, kebenaran, kemuliaan manusia dan keadilan,” kata Anwar.
“Sebab itu, ketika Yusof Qaradawi menyampikan khutbahnya, berpuluh ribu orang bukan Islam turut sama mendengar.
Siapa mereka? Mereka ialah penganut Kristian Gereja Koptik. Kerana apa mereka datang? Kerana hormat kepada pemimpin dan ulama besar dunia,” tambah Anwar lagi.
.

0 Komen pengunjong :