Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Peningkatan kes jenayah: Najib, Hishamuddin diminta jawab

KUALA LUMPUR 16 Julai: Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri diminta menjelaskan secara jujur dan menghentikan sikap lepas tangan mengenai peningkatan kadar jenayah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Kami menggesa supaya Najib (Razak) jujur dan tidak menafikan kes jenayah yang semakin menjadi-jadi.
“Contohnya, seperti yang berlaku terhadap ibu kepada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang cedera dipukul dan dirompak,” katanya.
Beliau membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mengatakan Malaysia adalah negara ke-19 paling aman dan selamat daripada 153 negara di dunia.
“Kenyataan yang tidak tepat ini menunjukkan mereka bersikap lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi dan cuba menafikan apa yang telah berlaku di depan mata.
“Jenayah adalah perkara yang merentasi sempadan politik, jadi apa guna Najib melaungkan transformasi jika beliau sendiri tidak mahu memikul tanggungjawab dalam kes jenayah yang berlaku di dalam negara,” tegas Shamsul.
Selain PM, beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjawab isu ini.
“Saya mendesak Menteri Dalam Negeri dan PDRM memberi penjelasan dan jawapan berhubung kadar peningkatan jenayah negara. Jangan hanya pandai sembunyi tangan sahaja,” katanya kepada Keadilan Daily.
Isu ini dibangkitkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beliau menggesa kerajaan Barisan Nasional menghentikan kerja mengintip aktiviti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada isu keselamatan dan kes jenayah.
.

0 Komen pengunjong :