Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib dicabar siasat kes Scorpene, Altantuya


KUALA LUMPUR 16 Julai: Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dicabar menyiasat skandal Scorpene dan kaitan Perdana
Menteri itu dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, jika benar beliau tidak terlibat dalam kes berkenaan, tegas Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
“Kita sudah mendedahkan semua bukti mengenai dakwaan penglibatan mereka yang terlibat mengenai pembunuhan
Altantuya dan juga pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis.
“Kenapa mereka tak mahu siasat dakwaan tersebut jika benar pemimpin yang mereka dokong itu, tidak terlibat dalam
kedua-dua kes yang amat mengejutkan negara serta dunia antarabangsa,” soalnya ketika ceramah ‘Merdeka Rakyat’ di
tapak pasar ramadan, Pekan Kuah, Jumaat lalu.
Kata Anwar, mustahil Najib tidak mengetahui urusan pembelian Scorpene ketika menerajui Kementerian Pertahanan,
begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.
Bercakap di hadapan lebih 5,000 hadirin, Ketua Pembangkang itu mengulangi desakan supaya Najib dan pemilik
Perimekar Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda memberi keterangan di Mahkamah Perancis.
“Jika beliau desak rakyat supaya hormati mahkamah, kenapa Najib sendiri tidak mahu menghormati Mahkamah Perancis
yang turut melibatkan namanya serta Abdul Razak Baginda dalam isu Scorpene,” tegas Anwar lagi.
.

0 Komen pengunjong :