Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kaut Untung Anak Beranak, Mahathir Malukan Negara

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahgunakan pengaruhnya untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi memalukan negara, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Beliau berkata, Teras kesal pemberian bekalan minyak pesawat MAS kepada Petron iaitu syarikat milik anaknya, Mirzan yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah syarikat perusahaan arak, San Miguel.
“Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas mendahului segala kepentingan peribadi kerana ia adalah aset negara dan ini bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan anaknya mendapat tender besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Azmi juga mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa syarikat milik negara disalahguna kepada syarikat peribadi.
“Kerajaan perlu jelaskan kenapa syarikat penting milik negara seperti Petronas dan MAS harus ditundukkan kepada sebuah syarikat peribadi yang boleh menjejaskan kepentingan kedua-dua syarikat strategik kerajaan.
“Terlalu banyak perundingan urusniaga di negara ini yang mengutamakan kroni lebih dari kepentingan negara. Apakah perkara ini akan terus diuruskelola dengan cara sumber negara difaraid sesama kroni yang tidak mempunyai agenda utama selain dari mengaut keuntungan lumayan,” tegas beliau.
Beliau juga mengkritik budaya kronisme dalam pentadbiran negara yang masih kukuh dan mendapat rangsangan kuat di kalangan pemimpin dan bekas pemimpin negara.
“Bermula dari kes tender secara rundingan terus sehingga kes anugerah kepada syarikat tanpa ketelusan dan tanpa tender terbuka, negara ini jelas mengabsahkan amalan kronisme yang sangat ketara.
“Teras berani mengatakan tidak ada kontraktor dalam kelas apa sekalipun di negara ini yang dapat menafikan betapa proses pemberian tender sarat dengan amalan kronisme dan rasuah,” kata Mohd Azmi.
Katanya, Teras juga mendapati punca utama sesuatu projek menjadi terlalu mahal disebabkan budaya kronisme dan rasuah.
“Sistem kronisme dan rasuah yang menjadi sangat lazim di negara ini adalah faktor utama kenapa suatu projek menjadi sangat mahal.
“Lebih malang lagi, tender diberikan kepada sebuah syarikat yang mengenepikan syarikat kerajaan yang strategik padahal syarikat itu sepatutnya lebih diutamakan kerana ia mempunyai kepentingan negara,” kata beliau lagi.
.

0 Komen pengunjong :