Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya ,meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang telah didakwa para pengkritik sebagai "penipuan", "tidak ikhlas" dan "jahat", dia memang sudah tersilap.
Dan seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58 tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini.
Hanya beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara "Double-talk" oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS. Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia.
Tetapi tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di serata dunia akan percaya kepada mereka!
Walau bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan ‘transformasi’ malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu".
"Demokrasi palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang lain," kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun.
Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk berkuasa
Bertajuk 'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', artikel itu juga meletakkan Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan.
Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia PresidenSlobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.
MacKinnon berkata pemimpin itu "mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk memberi kuasa" dan "pesaing kuat politik mereka dipenjarakan dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang".
Menurut ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu.
"Seminggu yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum yang akan datang," kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen bagi Ipoh Timur.
"Ia adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, Najib dengan teliticuba mengelak utnuk menjawab soalan ini apabila telah dikemukakan oleh para wartawan. Oleh itu, soalan yang mahu ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasa. "
Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi "menarik"
Untuk MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin mengamalkan "demokrasi palsu" kerana ia boleh juga mewujudkan kemungkinan perubahan.
" Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu ... pilihan raya di Malaysia yang akan datang bakal menjadi menarik," kata MacKinnon.
Walau bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai "rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja".
Pembaharuan termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah 60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman, pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya.
"Pandangan ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, " selar Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian.
-/ Malaysia Chronicle
.
.
0 Komen pengunjong :