Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siapa berbohong : Hishammuddin kena debat dengan Musa

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hendaklah berani berdebat dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kadar jenayah untuk membuktikan kerajaan tidak berbohong.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat kini mendapat gambaran bahawa kerajaan berbohong apabila mendakwa indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Bila perkara itu diumumkan, Musa terus kata, kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan.

"Beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Sebagai bekas Ketua Polis Negara, Musa mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai perkara itu dan apabila beliau menafikan, itu dengan sendirinya memberi pengertian bahawa kerajaan berbohong," katanya.

Jika Hishammuddin berani berdebat dengan Musa, kata Mahfuz, rakyat boleh membuat penilaian sipakah yang bercakap benar.

"Bukan itu sahaja, perdebatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai indeks kadar jenayah negara ini, sama ada betul-betul turun atau tidak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Rakyat juga, katanya lagi, boleh menilai sama ada Hishammuddin seorang ahli politik yang bercakap benar atau tidak.

"Musa pula bukan ahli politik dan tidak seperti Hishammuddin, beliau dilihat tidak mempunyai kepentingan politik," kata Mahfuz.

Beliau berharap Hishammuddin mempunyai keberanian untuk menghadapi Musa dalam perdebatan mengenai indeks kadar jenayah itu dan membuktikan bahawa kerajaan yang diwakilinya tidak berbohong semata-mata untuk bermain politik dalam perkara itu.

"Jika indeks kadar jenayah negara tidak turun seperti yang didakwa oleh kerajaan melalui kenyataan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu, pada masa itu rakyat bolehlah mengukuhkan lagi keputusan mereka bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasionallah yang mesti diturunkan," tegas Mahfuz.
.

0 Komen pengunjong :