Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ketua pemuda Umno Johor tersingkir


JOHOR BHARU: Walaupun menafikan pergolakan berlaku dalam Pemuda Umno Johor, hari ini ketuanya, Mohd Fadil Muskon disingkirkan dari jawatannya.

Beliau digantikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini.

"Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"Saudara (Mohd) Fadil akan menjadi pegawai khas bagi membantu saya di Sekretariat Pemuda BN," katanya.

Sebelum ini, Pemuda PAS Johor mendakwa Pemuda Umno negeri itu sedang bergolak kerana desakan dari 16 Pemuda bahagian supaya ketuanya Mohd Fadil Muskon meletakkan jawatan.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat mendakwa,  antara alasan penolakkan Mohd Fadil  kerana dikatakan beliau ini orang Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin.

Manakala 16 orang Ketua Pemuda Umno Bahagian yang didakwa terbabit adalah daripada kumpulan Timbalan Ketua, Datuk Razali Hj Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan media.

“Selain daripada itu terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon yang disifatkan sebagai ‘budak baik’ kurang senang dengan Pemuda-pemuda Umno Bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

“Sifat  ini telah mengurangkan peluang-peluang  pemimpin-pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. Keadaan ini telah digunakan oleh seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa saudara Mohd Fadil tidak menjaga kebajikan pemuda-pemuda Umno bahagian.

“Ada juga Ketua Bahagian Umno Johor yang tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku disebabkan pilihanraya sudah terlalu hampir dan dengan berlakunya perpecahan hanya akan mengundang kejatuhan Johor dari tangan Umno”, kata Suhaizan sebelum ini.
.

0 Komen pengunjong :