Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Logo Merdeka sekadar kempen parti pemerintah


KUALA LUMPUR 26 Julai: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menghargai hari bersejarah negara dengan memilih logo yang terlalu mudah untuk dicipta sempena sambutan kemerdekaan kali ini.
“Kerajaan BN tidak menganggap sambutan kemerdekaan itu penting. Apa yang dibuatnya ala kadar sahaja.
“Buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga, langsung tidak menghargai usaha pemimpin terdahulu dapatkan kemerdekaan,” katanya dihubungi.
Beliau mengulas spekulasi berhubung logo kemerdekaan ke-55 yang tidak melambangkan negara ke arah berteknologi, tetapi terkebelakang dua puluh tahun.
Shamsul berkata, tindakan kerajaan itu bukan sahaja menghina negara malah tidak percaya dengan kreativi rakyat yang lebih baik.
“Kalau ini sahaja kreativiti rakyat Malaysia, memang amat memalukan. Walhal di luar sana lebih banyak yang bagus dan kreatif.
“Logo itu juga tidak melambangkan apa-apa melainkan ada bendera sahaja, lain-lain sekadar kempen parti pemerintah,” katanya.
Tambah beliau, reka bentuk logo itu turut menunjukkan Umno semakin terdesak kerana terpaksa menyelitkan slogan partinya iaitu Janji Ditepati.
“BN sudah tidak yakin dengan sokongan rakyat, sebab itu mereka terpaksa menjadikan logo hari kemerdekaan sebahagian daripada produk kempen,” katanya.
Logo tersebut mendapat banyak tentangan dari rakyat Malaysia khususnya golongan belia.
Ada juga yang sanggup membuat tutorial memperlekehkan logo berkenaan melalui gambar atau video yang tersebar luas di media siber.
Selain itu, facebook pages ‘Kami Bantah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55′ diwujudkan khas bagi membantah penggunaan logo ini sebagai logo rasmi kemerdekaan.
“Kami percaya ramai pereka grafik Malaysia berkebolehan membuat logo kemerdekaan yang lebih baik dari yang sedia ada. Ubah Logo ini!” tulis mereka di laman sosial itu.
Hingga berita ini ditulis, hampir 5,000 bantahan diterima.
.

0 Komen pengunjong :