KUALA LUMPUR 12 Julai: Rakyat Malaysia sekali lagi disajikan
‘transformasi’ layu lagi lesu pentadbiran Perdana Menteri apabila
mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan bakal diganti dengan akta
baru iaitu Akta Keharmonian Nasional.
Naib
Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rekod pentadbiran Najib
Razak jelas membuktikan usaha ‘transformasi’ yang tidak lain hanya helah
politik untuk tidak melaksanakan reformasi politik yang telus,
menyeluruh, dan dituntut segenap rakyat.
“Walaupun pemansuhan Akta Hasutan ini kelihatan positif, namun
sebenarnya rekod Najib dengan terang menunjukkan beliau adalah seorang
demokrat palsu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, salah satu contoh rekod
buruk Najib ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuh
dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)
2012, yang juga sama zalim seperti ISA.
Selian itu, kata Izzah, penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang
bertujuan mengekang hak rakyat berhimpun secara aman, terutama apabila
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Azmin
Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin dituduh bersalah di
bawah akta ini berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berusaha mengekang hak rakyat untuk
bersuara, terutama di media atas talian seperti blog, facebook dan
twitter, malah mengguna pakai prinsip ‘bersalah hingga dibukti tidak
bersalah’,” tambah beliau.
Justeru, KEADILAN menggesa Najib mansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa
menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa drakonian yang
sama.
“Ibarat menggantikan tubuh badan anti-demokrasi dengan baju baru
drakonian yang sama lusuh, demi membuktikan beliau seorang demokrat
sejati dan bukan palsu,” sindir Izzah.
Najib juga digesa agar mewujudkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen
(JKP) yang bersifat bi-partisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta
Keharmonian Nasional.
“JKP ini harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum,” kata Izzah.
.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
2 days ago
0 Komen pengunjong :