Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes pembunuhan Altantuya: Wakil Mongolia ke Malaysia Ogos

KUALA LUMPUR : Sekumpulan wakil rasmi Mongolia yang ditugas untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dijangka hadir ke Malaysia Ogos ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
“Mereka akan tiba pada bulan Ogos, cuma tarikh yang tepat belum tahu kerana Mongolia baru saja mengadakan pilihan raya dan belum ada kerajaan lagi,” jelasnya.
“Saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, sudah enam tahun keluarga mangsa (Altantuya) menanti penyelesaian. Saya yakin bukan hanya saya yang berharap begitu, malah seluruh rakyat antarabangsa yang simpati pada nasib mendiang juga,” kata beliau lagi.
Menurut Gwo Burne, bapa Altantuya, Setev Shariibuu beberapa kali meminta kerajaan Malaysia menyelesaikan kes itu secepat mungkin, namun tidak mendapat respon apabila kes rayuan ditangguh ke Oktober.
“Ada baiknya wakil Mongolia datang sendiri ke sini, kalau harapkan kerajaan Malaysia, lima tahun pun belum tentu boleh selesai,” katanya.
“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita patut tunjukkan simpati dan ambil berat untuk membantu mereka mencari keadilan,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag menyatakan bahawa, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendali kes pembunuhan Altantuya. Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia dan didedahkan Gwo Burne dalam satu sidang media 28 Jun lalu.
.

0 Komen pengunjong :