KUALA TERENGGANU
- Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsan Peringkat Negeri Terengganu
mendakwa Perhimpunan Oren ‘Selamatkan Felda’ yang diadakan di masjid
Wilayah Persekutuan Sabtu lalu telah berjaya mencapai sasaran.
Pengerusinya, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, apa yang paling
penting adalah penyerahan memorandum rakyat kepada Yang DiPertua Agong.
“AlhamduliLlah, perhimpunan berjaya mencapai sasaran dan yang paling
penting Memo Rakyat telah berjaya di serahkan kepada Yang DiPertuan
Agong,
“seluruh anak-anak peneroka Felda dan warga Felda,
khususnya di negeri Terengganu menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong dan
kita berdoa tanah-tanah Felda dapat diselamatkan,”ujarnya ketika
ditemui ditemui selepas Himpunan Oren di masjid Wilayah Persekutuan,
pada Sabtu 15 Julai.
Menurutnya, sembilan puluh peratus tanah
di rancangan tanah Felda adalah milik orang-orang Melayu, Islam dan
sebahagiannya adalah tanah rezab orang-orang Melayu.
Katanya,
penyenaraian Felda Global Venture Holding yang melibatkan tanah-tanah
Felda menyebabkan risiko kehilangan tanah terbabit, bahkan tindakan
tersebut adalah menggadai tanah air.
Sehubungan itu, beliau menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dipecat kerana beliau tidak layak memegang tampuk tertinggi Felda kerana jenayah yang dilakukan.
“(Tan Sri) Isa Samad tidak boleh dipercayai sebagai Pengerusi felda
kerana rekod rasuah dalam pemilihan Presiden Umno, beliau telah
menggadai pula tanah air dengan menyenaraikan Felda,
“dia (Isa
Samad) mesti dipecat segera, (kerana) langkah penyenaraian Felda adalah
satu pengkhianatan kepada peneroka,”tegasnya yang juga Timbalan Yang
diPertua PAS Besut.
Akibatnya, kata beliau, Felda kehilangan
hasil kerana mengadai tanah Felda Plantation dan beliau optimis,
kebajikan para peneroka akan terabai.
Beliau menyeru rakyat
khususnya warga Felda agar menolak Umno dan Barisan Nasional pada
pilihanraya akan datang kerana pengkhianatan Umno terhadap warga Felda
dan orang Melayu.
“Hasil Felda berkurang kerana tanah Felda
Plantation telah digadai, pendapatan peneroka akan kurang, tanah
(seluas) 360,000 ekar sepatutnya (dapat) dibahagikan kepada generasi
kedua dan ketiga Felda,
“warga Felda dan orang melayu tidak
lagi selamat, apa-apa boleh berlaku (kerana penyenaraian Felda)
menyebabkan sebahagian hasil terpaksa dibahagi kepada orang asing,
termasuk plabur dari Yahudi dan Israil, ini pengkhianatan Umno- BN yang
tidak boleh dimaafkan,”tambahnya
.
0 Komen pengunjong :