Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Abdul Kadir: Umno tubuh unit khas fitnah Pembangkang


KUALA LUMPUR 17 Julai: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kerajaan Umno BN mewujudkan sebuah unit khas untuk melancarkan fitnah terhadap pemimpin Pembangkang.
“Mereka dah wujudkan unit khas cipta fitnah. Buat fitnah, fitnah, fitnah, tetapi bila keluarkan kenyataan menerangkan keadaan sebenar untuk menafikan dakwaan tersebut, tak terbit, terus panjangkan fitnah itu lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya Peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor, Ahad lalu.
Bekas Menteri Kerajaan Pusat itu turut menceritakan bagaimana kerajaan sekarang memaksa rakyat mengisi borang keahlian Umno sebelum boleh memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan yang sepatutnya menjadi hak rakyat.
“Kamu lapar ya? Saya ada pinggan cantik, nasi dengan lauk yang sedap-sedap.
“Kalau kamu mahu, kamu kena merangkak ke mari dan ‘tabik’ saya dahulu, kemudian barulah saya beri nasi (kepada) kamu,” katanya dipetik mediaselangorku menggambarkan kesombongan Umno semasa menghulurkan bantuan kepada rakyat.
.

0 Komen pengunjong :