Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

2 MP keluar BN tanda rakyat Sabah hilang keyakinan pada Najib

KUALA LUMPUR 30 Julai: KEADILAN mengalu-alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaan gabungan itu bersatu di bawah Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presidennya, Azmin Ali.

“KEADILAN mengalu-alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang Insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen (MP) Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menubuh PPS dan Ahli Parlimen Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Bumburing membentuk APS di Sabah semalam.
Azmin berkata, tindakan kedua-dua pemimpin BN itu bukti kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun lalu agar pemimpin dan rakyat berani bangkit meruntuh tembok ketakutan dan kezaliman.

“Sudah tiba masanya rakyat Sabah menentukan masa depan sendiri serta menikmati kekayaan negeri yang selama ini diagih secara tidak adil oleh Umno BN.
“Dua pengumuman penting bersejarah itu juga menjadi bukti rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan BN,” katanya yang turut menyokong slogan kempen ‘Ini kali-lah’ untuk tumbangkan Umno BN.

Lajim yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah sudah meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi BN Beaufort.


Manakala Bumburing yang meletak jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran ialah Timbalan Presiden Upko dan bekas MP Tuaran beberapa penggal.
PPS pimpinan Lajim akan memfokuskan pengundi Bumiputera Islam manakala APS yang diterajui Bumburing akan mengumpul kekuatan pengundi Bumiputara Bukan Islam di Sabah menjelang PRU akan datang untuk menyokong Pakatan Rakyat.
.

0 Komen pengunjong :