Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Undang-undang sedia ada cukup hukum Mahathir


KUALA LUMPUR: Jika benar ada salah laku dilakukannya, tidak perlu menyalah guna kuasa untuk menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika menolak kebimbangan bekas Perdana Menteri itu, beliau berkata, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

"Kalau benar Dr Mahathir bersalah, tak perlu salah guna kuasa. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk hukum beliau," kata Mahfuz.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak takut Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kuasa tetapi beliau takut pemimpin kerajaan PR menyalahgunaan kuasa untuk mendakwa beliau atas pertuduhan palsu.

Ketika berucap dalam satu ceramah di Ampang malam tadi, Mahfuz mempersoalkan adakah Dr Mahathir pernah melakukan apa yang beliau bimbang akan dilakukan oleh orang lain.

"Biasanya, orang yang salah guna kuasa akan tuduh orang lain akan salah guna kuasa juga.

"Orang yang upah orang lain untuk datang dengar dia berucap akan tuduh orang lain melakukan perkara yang sama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menyifatkan kebimbangan Dr Mahathir itu hanya satu taktik untuk mengundang simpati dan undi rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

"Dia tahu kuasa BN semakin tergugat. Dia harap dengan menuduh PR akan menyalahgunakan kuasa untuk menghukumnya, rakyat akan bersimpati dan memberikan undi kepada BN," katanya.

Mahfuz juga memetik pandangan sesetengah pihak yang menyatakan tidak perlu diapa-apakan Dr Mahathir kerana beliau "akan mati merana" bila BN kalah.

"Saya tidak kata begitu tapi ada orang kata Dr Mahathir akan mati beragan atau mati merana kalau BN kalah.

"Perkara sedemikian memang selalu berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara yang digulingkan.

"Mereka mati beragan dalam pelarian," katanya.

Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya itu ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang menyatakan bekas Presiden Umno itu bekerja keras memastikan PR tidak berjaya kerana takut salah laku didedahkan.

"Dia betul. Saya takut," kata Dr Mahathir sambil menyatakan beliau takut pada bentuk salah guna kuasa.
.

1 comment :

  1. Nampak sangat MAMAK KUTTY dah takut dengan bayangan sendiri.Itulah pengalaman yang dilalui beliau semasa menjadi Pie M.

    ReplyDelete