Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tunku Harmy : Umno Punca Raja-Raja Hilang Kuasa


SHAH ALAM : Krisis Perlembagaan Institusi Diraja berlaku berpunca dari sikap gila kuasa pentadbiran Umno-BN bagi memastikan segala khazanah negara berligar dikalangan para kroni sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri bukannya disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata kesan dari tindakan tersebut menyebabkan rakyat pelbagai kaum di nagara ini telah sedar yang akhirnya bertindak menolak Umno-BN.
Sehubungan itu Umno tidak mempunyai pilihan selain dakwaan menuduh PR menjadi berpunca kepada gelombang perubahan kebangkitan rakyat dan menjadikan isu penyingkiran raja-raja melayu sebagai agenda tersembunyi PR.
“Saya berpolitik sejak awal umur 20an, niat jahat Umno-BN saya cukup kenal. Saya bergaul dengan mereka dari pemimpin bawah hingga pemimpin atasan. Itu merupakan rancangan awal mereka dahulu sehinggalah sekarang.
“Gelombang itu mereka sudah rasainya. Jadi sekarang merekalah kononnya yang mempertahankan Raja-Raja dan menuduh PR yang cuba jatuhkan Raja-Raja. Ini merupakan satu pembohongan dan temberang yang cuba dimainkan oleh Umno-BN kerana mereka tahu niat itu datang dari mereka jadi mereka campakkan niat itu kepada PR pula,” katanya dalam Program Terus Terang oleh Selangorku.
Malah, dakwanya, usaha bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir cukup jelas memperalat institusi raja-raja bagi merealisasikan cita-citanya menguasai pelbagai kuasa pentadbiran.
Jelasnya, beliau memburukkan raja-raja untuk merampas kuasa raja kerana itulah beliau mengurangkan imuniti kuasa raja-raja.
“Salah satunya beliau memburukkan raja-raja dengan menfitnah dan apabila raja-raja menjawab dengan memfaxkan surat kepada media massa seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tiada langsung maklum balas.
“Contohnya, Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993, ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu bermula.
“Menteri itu berkata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara dan raja-raja akan diseret ke jalan raya,” katanya yang merupakan anak saudara kepada Bekas Yang Dipertuan Agung ke-10 itu.
Tambahnya, oleh kerana hal itu, kini pemimpin Umno-BN sudah tidak relevan dalam banyak perkara kerana pemimpin parti terlalu rakus serta tidak bertanggungjawab.
“Sebabnya mereka ini perasuah, semua orang tahu. Lihat sahaja media, akhbar, isu scorpene di luar negara pun banyak hanya media massa negara ini sahaja yang tidak mahu siarkannya bagaimana penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
“Dalam banyak kempen yang saya kunjungi, semua orang mengatakan pemimpin bawahan hinggalah pemimpin atasan parti itu adalah perompak. Saya rasa sebab itu mereka ini sudah tidak relevan kerana pemimpin mereka terlalu rakus,” katanya dalam rancangan Terus Terang yang akan di siarkan di www.Selangorku.com pada 29 Jun jam 9.00 malam nanti.
.

2 comments :

  1. I love sultan Kelantan. Mmmmuah mmmuah muah.... Terbukti sudah sebagai ketua agama dia menjunjung agama si atas kepala gemala sakti beliau.

    Di si2 allah pangkat kedudukan raja tidak menjadi satu kelebihan. Hanya taqwa yg menjadi ukuran. It takulloh....

    Itulah bukti keberkatan Kelantan di perintah ulamak. Tanda barokah sultanya pun menjunjung agama. Kesahajaanya meruntun perasaan rakyat yg memandangnya sebagai ketua agama.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan Islam Kesultanan Melaka pernah bernaung di bawah panji-panji Kerajaan Islam Othmaniah. Kejatuhannya adalah kerana terdapatnya pemimpin2 kerajaan yg mengelilingi sultan mencari kepentingan diri dan kroni.

    ReplyDelete