Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

‘Suasana tidak aman’: Kerajaan Umno takut hilang kuasa – Srikandi

KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno sekarang takut kehilangan kuasa dan tampuk pemerintahan kerana mereka sedar Pakatan Rakyat (PR) menawarkan sesuatu yang lebih baik kepada rakyat.
“Persoalannya apakah Umno dan kerajaan sudah mula dapat membayangkan kejatuhan mereka sehingga terlalu terdesak mengeluarkan kenyataan yang bersifat jahat dan fitnah seperti ini,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa pemimpin Umno termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyebut jika PR tidak dapat mengambil alih kerajaan dalam Plihan Raya Umum (PRU) ke 13, maka akan tercetuslah kekecohan dan suasana tidak aman.
“Ia kenyataan amat tidak berasas sama sekali dan satu cara yang dirancang oleh pemimpin Umno untuk mengaburi pemikiran rakyat khususnya orang Melayu untuk berprasangka buruk terhadap PR,” bidas beliau.
Aishah berkata, PR tidak mungkin menimbulkan kekacauan kerana lebih maklum soal demokrasi yang diamalkan.
Justeru, Srikandi menyeru agar rakyat khususnya golongan muda dan masyarakat Melayu untuk tidak terikut serta percaya kepada permainan politik kotor Umno dan matang dalam menilai senario politik di negara ini.
“Rakyat jangan takut untuk terus menyokong PR dan menumbangkan Umno BN dalam PRU 13  kerana inilah masa untuk membawa perubahan yang total di negara ini,” kata Aishah lagi.
.

0 Komen pengunjong :