Kuala Lumpur, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan
pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum
balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan
imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya
bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan
memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera
laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi
memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion
(RM4 billion) pada 2002.
Dipetiki laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri
pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang
mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan,
dan penyokong beliau sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu
mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya
umum ke-13 semakin hampir.
Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang
berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu
didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia
Malaysia, (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.
Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis
dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat
dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak
Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab
menguruskan pembelian tersebut.
Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia
Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan
kontrak pertahanan yang besar memerlukan “pemindahan wang yang besar
kepada individu dan / atau organisasi”.
“Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang
lebih banyak memperolehi manfaat,” kata dokumen terbabit, merujuk kepada
pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.
Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata,
Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai
tidak lebih daripada “agensi pelancongan” yang diwujudkan bagi
mencetuskan “pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya.”
PEMBUNUHAN ALTANTUYA
Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis
memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah
salinan asalnya.
“Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun
kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah,
untuk apa mereka dibayar,” kata Breham.
Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat
pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat
dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas
terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.
Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram
telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana
Najib mesti lakukan Mac depan.
Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang
dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada
tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.
Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok
bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual
kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36
juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan
itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.
Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta
bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan
berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.
Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan
Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh
menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.
Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua
pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas
kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah
ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.
Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu
pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi
pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas
pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang
menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh
abad.
“Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan
rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),” kata Ahli Parlimen
pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam
baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.
.
0 Komen pengunjong :