Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Runtuh patut buka mata rakyat Terengganu

Runtuh patut buka mata rakyat Terengganu Insiden bangunan runtuh berulang-kali di Terengganu diharap dapat membuka mata rakyat negeri itu untuk me'runtuh'kan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata kes terbaru membabitkan bangunan astaka di Jertih, yang masih dalam pembinaan itu amat dikesali dan memerlukan tindakan lanjut dari kerajaan negeri.
"Sudah sampai masanya BN diruntuhkan di Terengganu ini. Banyak projek-projek yang dijalankan menghadapi masalah seumpama ini. Kita harapkan rakyat sedar keadaan ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau bagaimanapun mengatakan insiden ini mungkin sebagai satu petunjuk daripada Allah terhadap kepimpinan BN Terengganu yang sebelum ini bertindak meruntuhkan beberapa bangunan rakyat.
"Sebelum ini, pada tahun 1991, Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar bertindak merobohkan sekolah swasta, Institut Berakan, pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, Masjid Bujal, Kemaman dirobohkan, dan beberapa siri perobohan membabitkan rumah rakyat. Mungkin insiden kali ini petunjuk dari Allah," tegas beliau lagi.
Dalam kejadian semalam, sekitar jam 2.15 petang, bangunan astaka  yang masih dalam pembinaan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu tiba-tiba runtuh.
Kejadian itu menyebabkan enam pekerja warga asing terperangkap dan cedera.
Mangsa pertama hanya berjaya dikeluarkan tiga jam selepas binaan tersebut runtuh memandangkan sebahagian tubuh mereka iaitu dari paras pinggang ke bawah tertimbus dalam timbunan simen yang semakin mengeras.
Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
.

0 Komen pengunjong :