Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam


ALOR SETAR: PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di negara itu.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.

"Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar berpengaruh.

"Sehingga kini semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini tengah hari tadi.

Turut serta pada sidang media itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang menanyakan pendirian PAS berhubung isu yang dimomokkan Umno kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara.

"Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia mahupun DAP tiada hasrat nak jadi perdana menteri.

"Dia tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar," celah Mustafa Ali.

"Kita dah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan bahawa perdana menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan Umno BN," tambah Mahfuz pula.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara.

Perkara itu katanya telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat presiden sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di sini hari ini.

Mengulas pemilihan Kedah sebagai tuan rumah program ini Abdul Hadi berkata ianya kerana Kedah adalah paling ramai ahli PAS dan antara negeri yang mahu dipertahankan PAS pada PRU 13 akan datang selain negeri-negeri lain.
.

0 Komen pengunjong :