Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian
besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing
(forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
Pemimpin
popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua
dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.
"Sekiranya
Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya
umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah
ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai
RM30 bilion dalam 1992...," katanya.
Memetik pandangan bekas
timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang
berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim
Zainuddin.
"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua
dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30
bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion
dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.
"Kata Rosli semalam,
dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema"
melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan
sebut harga (quoted investment)," kata Lim
.
0 Komen pengunjong :