KUALA LUMPUR — Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini
menegaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir jika
Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan
sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau akan didedahkan.
Ahli Parlimen Ipoh Timor ini menegaskan, situasi itu melihatkan
pemimpin yang masih berpengaruh itu dilihat semakin agresif sejak
akhir-akhir ini apabila mengeluarkan kenyataan keras mengkritik
pembangkang.
“(Dr) Mahathir sebenarnya khuatir kebenaran skandal kewangan ketika
pemerintahan beliau selama 22 tahun akan didedahkan jika Pakatan
memerintah.
“Beliau bukan sahaja mula bertindak mengeluarkan kenyataan agresif,
malah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak tidak meneruskan cadangan supaya pilihan raya umum
tidak dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai,” kata Lim.
Lim turut menegaskan, dalam satu forum di Pulau Pinang semalam, bekas
Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop menjelaskan terdapatnya
keraguan dalam skandal kewangan terbesar negara itu.
Rosli turut menamakan empat individu yang terlibat dalam “skandal
kelab elit tukaran matawang” dua dekad lalu — bekas Perdana Menteri
(Tun) Dr Mahathir Mohamed, bekas Menteri Kewangan, (Tun) Daim Zainuddin,
bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham (Tan Sri) Jaffar Hussein, dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU) (Tan
Sri) Nor Mohamed Yakcop.
Lim turut menambah, berdasarkan kenyataan Rosli ketika forum
tersebut, “Jaffar dan Nor adalah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan
spekulasi tukaran wang yang bertentangan dengan prinsip perbankan.
“Malah, Rosli turut menuduh Nor, yang merupakan Ahli Parlimen Tasek
Gelugor menyebabkan berlakunya kerugian matawang kerana beliau adalah
penyebab kepada spekulasi dan perjudian Ringgit Malaysia terhadap
matawang asing.
“Beliau yang pada masa itu merupakan penasihat kepada jabatan
pelaburan akan menggunakan komputer kakitangan dan menimbulkan spekulasi
dan berjudi di pasaran tukaran wang asing.”
Ini menyebabkan pemain tukaran matawang asing menyangka Bank Negara mempunyai pedagang matawang yang agresif.
“Tapi Nor Yakop yang melakukan perkara itu.”
“Arahan untuk melakukan perkara itu telah dikeluarkan Daim dengan “restu” Dr Mahathir,” katanya.
Pada 1992, Bank Negara telah melabur Pound British dan kemudiannya
menjadikan Pound lebih panjang, manakal George Soros, pemain utama
tukaran wang asing menjadi singkat.
Apabila Pound dinilai semula, Bank Negara telah mengalami kerugian USD5.5 billion dan George Soros memperolehi USD1.7 billion.
Bank Negara bagaimanapun mendakwa ia hanya kerugian sekitar RM9.3 billion.
Rosli berkata, “pakar menganggarkan Bank Negara mungkin mengalami
kerugian sekitar USD27 ke USD33 billion, yang mana lima kali lebih
daripada simpanan asingnya dan aset keseluruhan bernilai USD20.7
billion pada 1992,” tambah Lim.
“Daripada anggaran saya di Parlimen dua dekad lalu, Bank Negara
mengalami kerugian sekitar RM30 billion. Namun Bank Negara mendakwa
mereka hanya mengalami kerugian sekitar RM10.1 billion pada 1992 dan
RM5.7 billion pada 1993,” tegas Lim.
Bagaimanapun, Lim mendakwa, Dr Mahathir yang dilihatnya semakin
agresif sejak akhir-akhir ini cuba untuk menutup skandal kewangan
tersebut.
“Sejak dua minggu lalu, beliau mendakwa Bersih adalah “persediaan”
dan “pemanas badan” untuk Pakatan Rakyat melakukan demonstrasi menolak
keputusan pilihan raya umum ke-13 jika pembangkang tewas.
“Malah, beliau turut membuat dakwaan jika Umno tewas, Melayu akan
kehilangan kuasa di tanah air sendiri apabila Pakatan Rakyat mengambil
alih negara.”
Beliau juga mengulangi dakwaan Dr Mahathir bahawa kegagalan Umno dan
BN ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan punca kepada
kelemahan Umno di era pemerintahan Najib apabila mengatakan kerajaan
masih lagi lemah untuk menghadapi pilihan raya umum.
“Saya bersetuju dengan Rosli yang menyatakan, jika PR mengambil alih
kerajaan, Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat dakwaan beliau
Bank Negara kerugian RM30 bilion sewaktu 22 tahun pemerintahan Dr
Mahathir.
“Daripada tindakan itu, jelas Dr Mahathir khuatir penglibatan beliau dalam skandal tersebut akan terdedah.”
“Saya tidak menyatakan beliau harus menerima nasib seperti Hosni
Mubarak yang dihukum penjara seumur hidup, tapi rakyat Malaysia perlu
tahu perkara ini,” tegasnya lagi.
.
0 Komen pengunjong :