KUALA LUMPUR:
Jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen
mengenai isu jualan rahsia Scorpene di Dewan Rakyat malam tadi
menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.
Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataannya mengungkit banyak soalan yang perlu dijelaskan kerajaan.
Pada
26 Jun 2012, Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah memberi
jawapan kepada isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan penangguhan
Nurul Izzah di Parlimen.
Ia mengenai kehilangan atau penjualan
dokumen rahsia pertahanan berkaitan pembelian kapal selam Scorpene
seperti didakwa Saram di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan
inkuiri kehakiman (judicial inquiry) di Perancis.
Beliau
menyatakan bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen
rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak
berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman
tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis.
Namun,
kata Nurul, jawapan beliau menimbulkan seribu satu pertanyaan, yang
perlu beliau jawab terutamanya berkaitan isu-isu berikut:
1) Menteri mengakui bahawa satu 'siasatan' ke atas isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan negara dikeluarkan dari Malaysia.
Persoalannya
adalah: apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis
Di-Raja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak
konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian
Pertahanan? tanya Nurul.
Nurul juga bertanya, adakah Menteri
mengakui bahawa dokumen-dokumen 'rasmi' yang dimaksudkan yang kini di
tangan Mahkamah Perancis bukan 'Rahsia Kerajaan', dan oleh itu adalah
dokumen-dokumen palsu?
Sekiranya hal ini benar, adakah pihak
kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan
dokumen-dokumen palsu tersebut? soal beliau.
Beliau juga
bertanya, adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam
Scorpene ini suatu usaha antara kerajaan (Government-to-Government)?
Jika
benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti
Perimekar Sdn Bhd untuk 'perkhidmatan sokongan dan koordinasi' dan
bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan
negara akan terjamin? tanyanya lagi.
Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu, katanya.
Beliau
juha bertanya, adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam
Scorpene yang dimiliki Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian
tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan
sistem persenjataan?
Bagi beliau, menteri tidak seharusnya
berlindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi, kerana latihan-latihan
sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut,
diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut (proof of
capability) yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara.
"Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?" katanya lagi.
.
0 Komen pengunjong :