Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Demokrat Palsu: Najib ambil alih tempat Hosni Mubarak

KUALA LUMPUR 27 Jun: Akhbar Kanada mengkategorikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai “demokrat palsu”, dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.
Tulisan itu bertajuk “A 21st-century checklist of the new autocrats” disiarkan pada 8 Jun lalu olehThe Globe and Mail.
Ia ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.
Antara mereka, Ketua Pembangkang Burma, Aung San Suu Kyi; bekas pimimpin Soviet, Mikhail Gorbachev; bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra; Presiden Israel, Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.
Mackinnon dalam artikelnya itu mengelaskan autokrat dalam empat kategori – demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Palestin, Mahmoud Abbas;  Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika; Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu termasuk bekas Presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Mackinnon menulis, pemimpin ini “mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa” dan “penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal”.
Menurutnya, pilihanraya di Malaysia akan datang menjanjikan sesuatu yang menarik.
.

0 Komen pengunjong :