KUALA
LUMPUR : DAP menggesa satu siasatan menyeluruh oleh
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap kejadian tembakan gas
pemedih mata secara rambang yang mencetuskan keganasan dalam perhimpunan
secara aman oleh 200,000 peserta duduk-bantah Bersih 3.0 di sekitar ibu
kota Sabtu lalu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tiada justifikasi untuk
polis bertindak ganas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata secara
melulu dan tidak setimpal, di samping penahanan dan serangan terhadap
peserta termasuk mereka yang telah bersurai dan sedang pulang.
Katanya, polis juga menyerang “berlebih-lebihan” terhadap sesiapa
sahaja yang berada di kawasan sekitar termasuk wartawan media arus
perdana, makah terhadap anggota polis sendiri.
Beliau mengakui bahawa pada awal tengah hari, perhimpunan aman Bersih
3.0 kelihatan aman damai, membayangkan seolah-olah Malaysia telah
mencapai tahap sebuah negara demokrasi yang matang seperti di kota-kota
London dan New York di mana perhimpunan aman boleh diadakan dengan
saling memahami dan mendapat kerjasama polis.
“Saya merasakan ini apabila dalam perjalanan dari pertemuan di Masjid
Negara menuju ke Dataran Merdeka, bersama-sama dengan pemimpin Pakatan
Rakyat yang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan
Azizah, Datuk Seri Hadi Awang dan Mohamad Sabu.
“Kami melihat, ini bukan sahaja sebuah perayaan demokrasi rakyat
Malaysia tetapi sebuah perayaan yang meliputi seluruh negara di mana
rakyat Malaysia merentasi batas bangsa, agama, ideologi politik, umur
dan gender bersama-sama dengan satu tujuan untuk pilihan raya di
Malaysia yang bersih, bebas dan adil,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimana pun, Kit Siang kecewa kerana sangkaannya meleset apabila
polis secara rambang menembak gas pemedih terhadap peserta himpunan aman
yang berkumpul di luar Dataran Merdeka.
Perhimpunan aman Bersih 3.0 telah berlangsung dengan penyertaan sekitar 200,000 orang peserta.
Tindakan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyekat orang
ramai serta menutup banyak kawasan di ibu kota jelas menunjukkan sikap
tidak menghormati hak dan kebebasan rakyat.
Tindakan pihak berkuasa yang dipertahankan oleh Perdana Menteri Najib
Razak juga jelas membelakangkan semangat Perlembagaan yang telah
menyebabkan berlakunya insiden provokasi dan kekacauan.
Dalam perhimpunanan aman itu yang dipaksa menjadi kacau akibat
tindakan ganas polis, lebih 500 orang peserta telah ditahan pihak polis.
Banyak pula cedera dibelasah polis dan terpaksa dikejarkan ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.
Sumber – Roketkini.com.
ketua polis kena letak jawatan
ReplyDelete@Anonymous..... saya sokong 200%
ReplyDelete