Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasat dan Dakwa Rahim Noor Kerana Memfitnah dan Menghasut!

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mahu pihak polis menyiasat dan mendakwa Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor kerana kenyataan beliau yang disiarkan sebuah akhbar tempatan bertajuk “Nik Aziz is Father of Kafir” pada 8 Mei lalu

Oleh itu Setiusahanya, Muhammad Zaidan Abdullah dengan diiringi beberapa orang Exco Pemuda PAS telah melaporkan kepada polis kerana bekas Ketua Polis Negara itu  telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan

Laporan polis itu telah dibuat pada jam 10.00 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Ahad 20 Mei.

Muhammad Zaidan berkata kenyataan Tan Sri Rahim Nor itu jelas menghina dan memfitnah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, tuduhan sebagai ‘bapa kafir’ kepada Menteri Besar Kelantan menggambarkan beliau sebagai seorang berfahaman sesat, pemecah belah masyarakat dan tidak boleh dipercayai.

Katanya, kenyataan tersebut sangat berbahaya kerana Dato’ Nik Aziz juga merupakan ketua sebuah kerajaan demokratik yang dipilih rakyat secara pilihan raya dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan bekas Ketua Polis Negara (Rahim Noor) itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan 1.2 juta ahli PAS yang dipimpin beliau (Nik Aziz) yang akhirnya boleh mengganggu-gugat keamanan Negara.

“Saya membuat laporan ini supaya siasatan dimulakan terhadap Tan Sri Rahim dan Akhbar NST dengan kadar segera selaras dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya juga mahu beliau ditahan untuk siasatan dan didakwa di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan kerana membuat kenyataan fitnah yang boleh menyebabkan timbul huru-hara dalam masyarakat,” tegasnya.

Beliau diiringi oleh Eco Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Lujnah Guaman PAS Terengganu Fathi Azizi Abu Bakar, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Ahmad Faizul Wan Abas serta Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kuala Terengganu Wan Mohd Ariffuddin Wan Omar.

0 Komen pengunjong :