Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendakwaan Ke Atas Anwar, Azmin dan Badrul Wajar Dibatalkan

Anwar Ibrahim hari ini telah memfailkan untuk membatal pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman terhadapnya atas alasan beliau bukan merupakan pihak kepada prosiding undang-undang berkaitan dengan perintah sekatan melarang perhimpunan Bersih 3.0.
Wajar bagi Anwar berbuat demikian kerana pendakwaan beliau di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta tersebut bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan 28 April dan melanggar perintah mahkamah dilihat sebagai kabur, tidak menusabah dan disengajakan.

Alasan yang diberikan Anwar untuk membatalkan pendakwaan kerana beliau bukan 'tuan' atau orang berhak ke atas himpunan berkenaan. Sementara itu Majistret Zaki Ashraf itu tidak menamakan Anwar di dalam perintah itu secara nyata.

Ini bermakna larangan itu untuk semua dan bukan Anwar sahaja. Yang peliknya kenapa pendakwaan itu dibuat ke atas Anwar bersama Azmin dan Badrul Hisham saja. Pendakwaan ini jelas menunjukkan ia dibuat bukan atas prinsip undang-undang tetapi semata-mata untuk menyusahkan Anwar sahaja.

Selain itu alasan diberikan Anwar perintah yang dikeluarkan majistret itu tidak pernah diwartakan dan dilampirkan di tempat-tempat yang berkebolehan bagi orang awam mengetahui mengenai perintah itu mengikut Seksyen 90(2) Kanun Acara Jenayah.

Gara-gara itu jadilah pendakwaan itu seperti tindakan polis trafik yang menjerat pengguna jalan raya yang lari laju dengan berlindung di balik semak dan tambok. Justeru itu pendakwaan itu dakwa Anwar ia dilakukan tanpa mengikut perlembagaan negara.

Maka wajarlah kalau pendakwaan itu digugurkan kerana kalau diteruskan ia akan mejelaskan lagi akan tindakan tersebut sebagai zalim dan berat sebelah. Selain itu kalau undang-undang dan arahan itu hendak dipakai sepatutnya semua yang hadir di himpunan Bersih tempoh hari perlu didakwa sama.

Sekali lagi tindakan Anwar itu akan dituduh sebagai takut dan tidak bertanggungjawab, namun bagi mereka yang ada otak dan tahu berfikir dengan kedua belah otak akan merasakan tindakan Anwar itu logik. [wm.kl.5:53 pm 28/05/12]

-/ MSOmelayu

0 Komen pengunjong :