Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Konvoi ‘Mat Rempit’ depan rumah Ambiga dihalang DBKL


KUALA LUMPUR  Sekumpulan 100 pemuda termasuk remaja berkonvoi di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga bermula kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Dengan aksi ala ‘Mat Rempit’, mereka yang bermotosikal menuju di hadapan kediaman di Jalan Setiakasih 1 itu terpaksa menghentikan motosikal kerana dihalang oleh oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kumpulan anti Bersih dengan seragam T shirt putih tertera tulisan ‘Halau 1.0′ itu kemudiannya berarak ke rumah Ambiga sambil mendendangkan lagu “Inilah Barisan Kita”.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL), Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
Tindakan itu dipercayai berikutan tidak mendapat kelulusan daripada DBKL.
Bagaimanapun, kumpulan yang difahamkan cuba membuat kecoh di depan rumah Ambiga hari ini yang terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) tidak kelihatan.

0 Komen pengunjong :