Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Kamu sudah graduasi, boleh susun demo sendiri'

toh ching hong tigongkia at bersih rally 3.0Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 dan aktivis sosial Hishamuddin Rais berkata rakyat tidak memerlukan perhimpunan itu buat kali keempat jika kerajaan dan Umno didakwa masih terus menipu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, katanya, rakyat sendiri akan mengurus perhimpunan tanpa organisasi seperti BERSIH atau parti politik untuk membantah tindakan tersebut dan tidak mustahil boleh mencecah sehingga satu juta orang berbanding perhimpunan Sabtu lalu.

Bercakap dalam forum pasca-BERSIH 3.0 di ibu negara malam tadi, Hishamuddin menyifatkan ia bukan "satu ancaman" sebaliknya janji dan tidak mustahil sentimen keluar beramai-ramai ke jalanan akan berlaku.

"Kalau perkara (tuntutan) asas (BERSIH) tidak didengari, rakyat tidak perlu organisasi seperti BERSIH untuk menyusun (perhimpunan.

"Kita sudah ada BERSIH satu, dua dan tiga. Kamu sudah graduasi. Sudah boleh buat sendiri (perhimpunan). Kamu sudah dapat ijazah protes jalanan, sudah boleh buat sendiri," katanya sambil diiringi dengan tepukan dan gelak ketawa hadirin yang hadir.

Beliau menyifatkan kehadiran ratusan ribu peserta yang membanjiri Kuala Lumpur Sabtu lalu berada atas landasan yang betul sebagai bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

'Untuk pertahan Najib'
Hishamuddin menjawab pertanyaan umum berhubung keharusan mengadakan perhimpunan itu kali keempat selepas peserta perhimpunan tidak dibenarkan memasuki Dataran Merdeka - lokasi asal - untuk mengadakan protes itu kerana larangan mahkamah.

Sebaliknya mereka mengadakan protes 'duduk bantah' di kawasan berdekatan dataran tersebut, yang kemudiannya dihujani dengan gas pemedih mata dan air kimia daripada polis untuk menyuraikan mereka.

Dalam forum yang bertajuk "Keganasan polis dan media blackout"malam tadi, Hishamuddin mengingatkan supaya rakyat tidak lagi berbincang dan menyalahkan mana-mana pihak yang didakwa cuba memecah halangan yang dibuat.

Ini kerana, katanya, persoalan tersebut bukan satu perkara asas sebaliknya mendakwa mengubah kerajaan merupakan perkara pokok kepada rakyat.

"Kita nak jatuhkan United Malays National Organisation. Itu perkara fundamental. Oleh itu kita jangan lari... Stay on the point terhadap lapan agenda kita... Kami mahu lapan tuntutan itu dilunaskan," tambahnya.

Mengulas mengenai dakwaan keganasan polis pada perhimpunan tersebut, Hishamuddin mendakwa ia dilakukan untuk "mempertahankan Najib Razak".

Aziz Bari: Keganasan semakin teruk
Turut diundang menjadi penceramah adalah Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar, Pengarah Guaman PKR Latheefa Koya, bekas pensyarah Undang-undang UIA Dr Abdul Aziz Bari dan peguam Haijan Omar.

Sebelum itu, Dr Abdul Aziz mendakwa keganasan polis dalam perhimpunan itu tidak berakhir dan nampak semakin teruk, seperti tergambar dalam rakaman video menunjukkan peserta dipukul.

Bagaimanapun, beliau - yang turut ditahan pada hari tersebut - menegaskan supaya isu keganasan polis tidak melarikan fokus rakyat mendesak supaya reformasi sistem pilihan raya diteruskan.

"Lagi mengecewakan apabila Umno dan BN menggunakan isu ini untuk mengalih daripada isu sebenar. Ini meletakkan BN berasa selesa," katanya.

Sementara itu, Latheefa yang juga seorang peguam mendakwa keganasan dilihat "sebati dengan polis" dan pihaknya berusaha mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara tersebut.

Dakwanya, pihaknya turut mendapat banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendakwa dikasari polis dalam perhimpunan tersebut.
.

0 Komen pengunjong :