Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Guling kerajaan: Najib, Mahathir ada 'pengalaman'


KUALA LUMPUR : Tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya himpunan Bersih 3.0 bertujuan mengguling kerajaan dipercayai dibuat 'atas dasar pengalaman'.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ini kerana kedua-dua pemimpin itu masing-masing berpengalaman 'menggulingkan kerajaan negeri' satunya di Kelantan dan satu lagi di Perak.

"Kita masih ingat pada tahun 1977 waktu itu bagaimana Dr Mahathir mengepalai dalam merencana huru-hara di Kelantan, arah sekumpulan orang bakar tayar sehingga diisytihar darurat di Kelantan.

"Pada tahun 2009, kita tengok pula bagaimana rampasan kuasa di Perak yang diketuai perdana nenteri Datuk Seri Najib.

"Jelas, dua-dua bercakap atas pengalaman yang mereka pernah buat," kata Mahfuz.

Kelmarin ketika berucap di Gua Musang Kelantan, Najib berkata himpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Najib berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

Pandangan serupa turut dikeluarkan Dr Mahathir yang mendakwa, perhimpunan Bersih 3.0 lalu cubaan menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi ganas seperti yang terjadi di beberapa negara Arab.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, rakyat juga tidak boleh lupa dengan tindakan Dr Mahathir sebelum ini yang mendorong rakyat menyertai perhimpunan-perhimpunan untuk 'menggulingkan' raja-raja Melayu dan mahu kuasa raja dikurangkan.

"Jika benar Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi dan menolak pilihan raya, kenapa mereka menuntut pilihan raya yang bersih.

"Kita nak masuk pilihan raya, sebab itu kita mintak pilihan raya bersih dan adil. Macam mana pula tuduh kita nak guling kerajaan," katanya lagi.
.

0 Komen pengunjong :