Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wajib hadir Bersih 3.0 untuk pertahan hak – Anwar


KUALA LUMPUR, 27 April: Rakyat Malaysia wajib hadir ke perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok bagi mempertahankan hak demokrasi, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, hak demokrasi telah dijamin dalam Perlembagaan tetapi dicabuli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita minta hak yang telah dijanjikan dalam Perlembagaan negara. Tiada kompromi! Kita beritahu (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak), dan SPR, jangan cabul hak kita untuk mendapatkan pilihan raya adil dan bersih!” kata Anwar pada Ceramah Perdana Ambang PRU 13 di Bandar Tun Razak malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pakatan Rakyat mahu mentadbir negara atas mandat rakyat kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Umno BN.
“Jurang miskin dan kaya melebar. Malaysia negara kedua selepas Rusia, jurang ekonomi terlalu tinggi. Apa yang kita minta? Turunkan harga minyak, hapuskan PTPTN (beri pendidikan percuma)…beri gaji minima… tapi apa kata Umno? Bankrap!
“Yang bankrap itu pimpinan Umno. Oleh kerana mereka bankrap, ‘wajib’ kita tumbangkan mereka pada pilihan raya (PRU 13),” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 4,000 hadirin.
Kehadiran ribuan rakyat membanjiri Padang Flat Seri Labuan menandakan kemuncak semangat rakyat menjelang Perhimpunan Bersih 3.0 esok.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat seruan sama dengan mengatakan hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.
Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihan raya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

0 Komen pengunjong :