Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Usaha BERSIH Wajar Dipuji, Tak Perlu Sekat


SHAH ALAM - Usaha NGO BERSIH 2.0 dalam menuntut pilihan raya yang telus dan adil wajar mendapat pujian masyarakat kerana kempen mereka adalah untuk kebaikan negara dan generasi akan datang.
Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata BERSIH 2.0 juga harus diberi kebebasan seperti yang termaktub dalam perlembangaan untuk menyuarakan kempen mereka.
“Kita patut puji orang-orang yang melakukan yang kita katakan usaha BERSIH ini kerana mereka melakukannya bukan hanya sekadar untuk diri mereka sahaja.
“Tetapi untuk seluruh masyarakat Malaysia dan bukan untuk waktu ini malah untuk masa akan datang.
“Apabila kita melihat adakah tidak ada cara lain BERSIH menyuarakan pendapatnya.
“Ya, BERSIH merupakan gabungan masyarakat sivil pertubuhan-pertubuhan NGO, individu-individu dan saya yakin banyak terdapat aktor bukan politik seperti peguam, orang seni dan lain-lain di dalamnya,” kata Dr Maszlee ketika diwawancara TVS baru-baru ini.
BERSH 2.0 merancang untuk mengadakan himpunan ke-tiga pada Apr 28 ini bagi mendesak kerajaan pusat untuk mengadakan pilihanraya telus dan bebas dari manipulasi.
Selain itu, menurut Dr Maszlee, memilih mengadakan rapat umum bagi menyuarakan pendapat mereka juga bukanlah sesuatu yang wajar untuk dijadikan isu.
Berliau berkata BERSIH 2.0 atau mana-mana pihak dalam negara ini mempunyai hak untuk berbuat demikian selaras dengan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Tak kiralah BERSIH atau isu lain, demontrasi iaitu hak bersuara atau mengemukakan pendapat, hak untuk berkumpul dijamin dalam artikel 10 perlembagaan persekutuan.
“Saya yakin tidak kiralah apa pun isunya ia menjadi hak kepada mana-mana individu, mana-mana warganegara yang bertanggungjawab untuk menyuarakan pendapat mereka berdasarkan kebebasan berpendapat selaras dengan peruntukan perlembagaan,” kata beliau lagi.

0 Komen pengunjong :