Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tidak akan Hapus PTPTN, Tiada Kesungguhan Bantu Rakyat


SHAH ALAM : Penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan sejauh mana kesungguhan Kerajaan Pusat membantu rakyatnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sikap liat Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu juga membuktikan kepupusan daya kreativiti pemimpin Umno-BN.
Husam menambah, terkesan dengan reaksi positif rakyat dengan cadangan yang dibawa Pakatan Rakyat untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, Najib terpaksa mengelirukan rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion.
“Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang,  jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.
“Bukan RM43 bilion seperti yang disebut Perdana Menteri,”jelasnya dalam satu kenyataan media.
Mengulas lanjut, Husam mempersoalkan kewajaran Najib memberi angka yang silap dan mengelirukan rakyat.
Tambahnya, gambaran bahawa negara tidak mampu  menanggung pembayaran pinjaman sejumlah RM43 menunjukkan Najib tidak memahami mekanisma kewangan yang lazim diamalkan termasuk memberi ‘undertaking’ dan menjadual semula pinjaman.
“Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?.
“Jumlah keseluruhan 28 bilion sehingga akhir 2012 tidak semestinya dilunaskan serta merta keseluruhannya sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa,”ujarnya.
Husam mencadangkan, untuk mengatasi masalah ini kerajaan memberi jaminan pembiayaan tahunan setara dengan jumlah yang ditanggung PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada badan tersebut.
“Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan Kerajaan Pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu,”ujarnya.

0 Komen pengunjong :