Sindiran buat Najib- lelaki pertama menjadi Menteri Wanita

Dari ‘Pondan’ ke ‘Playboy’ ke ‘Rosmah’: Sindiran buat Najib- lelaki pertama menjadi Menteri Wanita

Tidak boleh memutuskan siapa untuk dilantik menjadi Menteri Pembangunan Wanita untuk menggantikan Sharizat Jalil yang terpalit skandal, PM Najib Razak telah memilih dirinya menjadi satu-satunya lelaki untuk mengetuai jabatan yang menjaga hal ehwal wanita dan kepentingan mereka.
Pengumuman ini datang bersama spekulasi siapakah yang akan mengisi jawatan itu, dimana walaupun calon berprofil rendah juga boleh mengisinya walaupun Sharizat merupakan ketua sayap wanita.

Penghinaan kepada wanita: Sayap Wanita berpecah dan korup

Oleh itu, sesiapa sahaja yang menggantikannya akan diperhatikan dengan teliti sebagai tanda siapa yang dimahukan oleh Umno sebagai ketua Wanita nya selepas Sharizat, walaupun Kamilia Ibrahim, penyandang timbalan sekarang sepatutnya mengisi jawatan itu dan menggantikan Sharizat dalam kabinet.
“Ia merupakan penghinaan besar kepada wanita, bukan sahaja pada wanita Umno. Bagi wanita, ini mengesahkan bahawa ada perpecahan dalam dalam sayap mereka. Barah sudah merebak, seperti di seluruh bahagian Umno. ini berlaku apabila ahli dipaksa menerima Sharizat sebagai ketua sayap mereka walaupun dia dikatakan tidak layak untuk menjadi menteri cabinet,” kata Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang selalunya bercakap tanpa selindung kepada Malaysia Chronicle.
Adakah Najib mengatakan Sharizat tidak cukup bagus untuk Kabinet tapi masih bagus untuk Wanita Umno? Penglibatannya dalam skandal NFC tidak boleh diterima oleh cabinet tetapi Wanita Umni mesti menerimanya dengan tangan yang terbuka. Ia adalah satu lagi kesilapan terbesar Najib kerana Najib sekarang memberitahu Wanita yang mereka tidak mempunyai pemimpin yang boleh dipercayai dan berkaliber selain dari Sharizat. Bukankah ini bodoh dan mengaibkan?

“Pondan”, “Playboy” kepada “Rosmah Mansor” atau tamakkan gaji lebih?

Sememangnya Najib tidak hanya menjadikan Wanita Umno bahan lawak jenaka mungkin juga untuk dirinya. Komen-komen yang diberi tidak jauh dari kasar dan bersifat menyindir. Di alam maya, ramai juga yang memanggilnya sebagai pondan.
Ada juga yang menuduh Najib sebagai tamak dan cuba untuk mendapatkan elaun lebih atau gaji buat dirinya. Ada juga pengkritik yang takut bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor mungkin akan menjadi menteri de facto jabatan itu.
“Jika ramai yang menyindir, Najib memang patut menerimanya, kerana kebodohannya berpolitik dan sikap talam dua muka. Dari segi pengalaman, jika rakyat menilai dari kisah Altantuya dan Ziana, dia sememangnya layak menjadi menteri wanita-padan dengan mukanya kerana menggali kubur sendiri. Jika rakyat takut ini akan membuka pintu buat Rosmah Mansor untuk menyibuk dan mencampuri urusan kementeriaan wanita, ia sememangnya sesuatu yang patut dibimbangkan dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan ia dari berlaku. Ia akan menyalahgunakan kuasa secara besar-besaran,” timbalan presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Tian merujuk pada Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia dan Ziana Zain, seorang artis tempatan. Najib yang berusia 58 tahun itu terkenal akan kecintaannya terhadap wanita telah dikhabarkan mempunyai hubungan romantis dengan mereka.

Tangan yang menggoncangkan buaian- Sayap Lembu Wanita?

Saharizat dalam pada itu meyambut baik tindakan Najib menganggotai kementerian Wanita. Dalam kenyataan yang diberikan oleh Sharizat pada hari Sabtu, Sahrizat telah menngucapkan terima kasih pada Najib walaupun komennya boleh dianggap janggal kerana telah meminggirkan timbalannya Kamilia dan calon lain dalam Wanita.
“Kita berharap Sharizat bukan bermain politik benci dan balas dendam pada Kamilia yang telah mengkritik dirinya kerana tidak meletak jawatan berikutan skandal NFC. Ia adalah kritikan yang patut dan seorang pemimpin yang bagus akan melakukan seperti itu bagi melindungi maruah Wanita dan lebih penting lagi, buat komuniti wanita. Ingat, kita adalah kaum ibu, dan tangan kita yang menghayun buayan mestilah bersih, kalau tidak, masa depan akan menjadi gelap bagi Negara,” kata Zuraida.
NFC atau Pusat Fidlot Kebangsaan adalah pusat pembiakan lembu kebangsaan yang telah dianugerahkan kepada keluarga Sharizat pada tahun 2006 dan sekarang telah diselubungi skandal yang menggunung. Korupsi sebanyak RM250 juta yang telah menjadi tamparan buat Wanita Umno menjadikan mereka dimomok sebagai Sayap Lembu Umno kerana hubungan Sharizat dengan skandal itu.

Hubungan dengan Kazakh dan hilangnya rasa hormat

Najib juga telah diserang kerana tunduk pada Sharizat kerana NFC-yang dikawal oleh suami dan anak-anaknya-juga telah membeli sebuah apartmen mewah di Kazakhstan dengan harga RM 1.7 juta yang dikatakan sebagai hadiah perkahwinan kepada anaknya yang berkahwin dengan keluarga yang memegang kuasa politik disana.
Dalam kenyataan yang dibuat Najib beberapa hari yang lalu, sebab dia mengambil alih jawatan itu dan bukan memberinya kepada Kamilia atau Wanita atau sayap BN wanita BN yang lain termasuk Ng Yen Yen dari MCA dan Heng Seai Kie adalah lemah.
Dengan menyandang jawatan ini, dia telah dengan secara terang tidak menghormati wanita di rantau ini, dan ada kemungkinan ia didalangi Sharizat yang mahu kekal sebagai ketua wanita.
“Sharizat telah berjanji sebagai ketua Wanita Umno, dia akan memastikan kemenangan besar buat Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang.
“Saya berani berkata yang rakyat sedang kembali pada kita, semangat mereka pada kita sedang naik. Sharizat menekankan perkataan ‘sayang’ pada masa dia menjadi menteri. Jika rakyat beri sokongan, ia datang dari minda mereka, jika mereka memberi sayang, ia datang dari hati. Jika ia datang dari hati, pilihan mereka itu satu sahaja, Barisan Nasional.”

PRU ke 13 bukan alasan

Walaupun Najib menekankan tentang PRU ke 13 dalam komennya, pemimpin PKR berkata dia mungkin hanya menggunakan PRU ke 13 untuk melindungi motifnya untuk menjawat jawatan Ketua Wanita.
“Zuraida sememangnya betul. Dari sudut mana pun anda melihatnya, ia adalah suatu penghinaan pada wanita. Namun begitu, media Umno akan cuba mengubahnya menjadi sesuatu yang comel dan seperti kartun. Tapi ianya adalah penghinaan yang cukup jijik. Sudah banyak petanda yang PRU ke 13 semakin hampir, mungkin pada pertengahan Jun. Malah, semuanya menunjukkan tiada siapa yang pasti akan Najib yang sendirinya tidak boleh membuat keputusan. Dia boleh memberitahu anda bahawa ia akan berlaku pada bulan depan dan selepas itu mengubah fikrannya semula. Ini telah meninggalkan rakyat dalam tanda tanya dan ia juga telah meninggalkan kesan yang tidak baik pada ekonom,” kata Tian.
Bagi kita, sehinggalah Parlimen dibubarkan, pada masa itulah PRU ke 13 akan diadakan. Selain dari itu adalah sandiwara Najib semata-mata ataupun melodramanya untuk menutup kepentingan sendiri. Contohnya, jika dia mendapat terlalu banyak kritikan kerana ini, dia pasti akan melantik ketua Wanita yang baru dan tarikh pilihanraya masih lagi menjadi persoalan bagi kita.

Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :