Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemuda PAS sifat Umno BN dalang ‘jual negara’


KUALA LUMPUR, 5 April: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius pembongkaran isu ‘task force’ yang bertanggungjawab untuk memberikan taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka layak menjadi pemilih berdaftar dan seterusnya mengundi di dalam pilihanraya yang akan datang seperti yang didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar.


Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, apa yang lebih mengejutkan ialah pembabitan SPR itu sendiri melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Selain itu, ujarnya pembabitan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Osman Razak serta Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajudin Wahab telah membuktikan bahawa agenda pengkhianatan untuk ‘menjual negara’ ini sememangnya didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk dengan kadar yang segera supaya dapat melakukan siasatan terhadap pengkhianat negara ini selain beberapa orang pegawai lagi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang turut bersekongkol  dengan ‘penjualan maruah negara’ ini termasuklah Ketua Pendaftaran Negara, Datuk Jariah sebelum daripada Perdana Menteri membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Sany berkata perkara yang telah didedahkan itu perlu mendapat perhatian segera pihak kerajaan dan pihak yang berwajib supaya dapat ‘menahan’ pengkhianat-pengkhianat yang telah dinamakan oleh Mahfuz itu untuk membantu siasatan dan menarik kembali jawatan serta kelayakan mereka sebagai seorang penjawat awam supaya sebarang siasatan dapat dilakukan dengan telus dan adil.

Selain itu, katanya pihaknya turut bersetuju dan memberikan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012, Sabtu bermula jam 2.00 petang dengan tema “Duduk Bantah”.

“Berbetulan dengan beberapa tuntutan Bersih 2.0 yang masih diingkari oleh kerajaan dan dengan kes-kes terbaru yang membabitkan penipuan terhadap proses perjalanan pilihanraya, maka sewajarnya Bersih 3.0 diadakan,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengarahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda di setiap negeri untuk mengadakan siri-siri penerangan dan hebahan kepada rakyat berkenaan isu-isu yang menjustifikasikan himpunan itu serta memobilisasikan kebangkitan rakyat di setiap negeri bagi mempastikan himpunan rakyat besar-besaran menyokong Bersih 3.0 dapat diteruskan untuk pilihanraya yang lebih telus dan adil.

0 Komen pengunjong :