Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan bantah laporan PSC pilihan raya

Azmin Ali menunjukkan sebahagian kandungan laporan PSC mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat akan memfailkan notis untuk meminda laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya bagi penyata monoriti dimuatkan dalam laporan itu.

Ahli PSC, Azmin Ali berkata, ia mempunyai hubung kait dengan daftar pemilih yang masih bermasalah walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji untuk menyelesaikannya.

“Perkara yang sama dibangkitkan sebelum ini, termasuk isu 42,000 pengundi yang meragukan kerana tidak mempunyai data di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan didedahkan oleh Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) termasuk 80,000 pengundi yang berkongsi alamat.

“Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menolak cadangan untuk dimasukkan ke dalam laporan PSC pada 28 Mac lalu dengan alasan alasan ia bukan amalan dalam Parlimen,” katanya.

Azmin berkata, apa yang dilihat Dr Maximus hanya memilih isu tertentu untuk dimasukkan dalam laporan itu.

“Mereka mendakwa untuk menjamin pilihan raya bersih dan adil tetapi jika mempunyai sikap sebegini, bagaimana ia boleh dilaksanakan.

“Pembangkang akan kemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, untuk membuat pindaan mengikut peraturan mesyuarat 30(1),” katanya.

Azmin berkata, alasan yang diberikan Pengerusi PSC itu tidak boleh diterima kerana laporan itu tidak bercanggah dalam peraturan mesyuarat.

Tambah beliau lagi, jika dilihat secara menyeluruh ia membuktikan SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberi pelbagai alasan.

Menurutnya, pembangkang tidak dapat menerima alasan yang diberi oleh SPR, malah PSC juga gagal melihat keseluruhan cadangan yang diberi oleh pihak awam.

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lalu, dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) ,tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Ia bertujuan bagi melaksanakan beberapa cadangan dan pandangan bagi melahirkan pilihan raya yang bersih di negara ini.

0 Komen pengunjong :