Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hadi nafi Pakatan hasut pelajar IPT demo

300 mahasiswa himpun tuntut mansuh PTPTN

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan Pakatan Rakyat menghasut agar mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sebaliknya tegas beliau,  dakwaan bahawa pembangkang mempergunakan pelajar demi mencapai kepentingan sendiri adalah satu tuduhan tidak munasabah kerana golongan itu bukan mudah untuk ditipu.
“Pelajar ni orang berpelajaran, berpendidikan tinggi oleh itu tidak mungkin mereka boleh dipergunakan dengan sebegitu mudah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas taklimat pembinaan Dewan Tok Guru di Rusila, Marang, semalam.
Menurut Abdul Hadi, pelajar di negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan ia menjadi salah satu punca berlakunya perhimpunan seumpama itu di Dataran Merdeka.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, akta tersebut tidak lagi relevan untuk diguna pakai dan oleh itu terpulang kepada kumpulan mahasiswa terbabit sama ada terus berkhemah atau menamatkannya, dengan syarat keamanan dan keselamatan terjaga.
Dalam reaksinya terhadap isu pemansuhan PTPTN itu lagi, beliau turut menegaskan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) berbohong kepada rakyat apabila menyatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya dana pendidikan itu dihapuskan.
Sebaliknya kata Abdul Hadi, kerajaan sekarang tidak mampu mengurus dengan baik dan ia dibuktikan banyak wang negara ‘bocor’ akibat masalah rasuah dan penyelewengan.
“Pendidikan percuma, itu konsep negara berkebajikan yang Pas kemukakan. Masalah dana perlu ditangani dengan bijak, kita nak laksanakan konsep (negara berkebajikan) tapi terpaksa memikul bebanan kesalahan BN.
“Ia (PTPTN) tidak boleh dihapuskan begitu saja, kena ada proses dia. Proses adil dan tidak membebankan orang miskin tapi orang berada mesti pikul tanggungjawab.
“Teori masyarakat Ibnu Khaldum mengatakan pendidikan adalah industri, industri menghasilkan produktiviti, pendidikan juga menghasilkan manusia yang hasilkan produktiviti.
“Bankrap itu tidak betul, bohong, salah urus. Banyak negara seperti Britain, Sweeden, Norway dan Jerman beri pendidikan percuma. Apa yang berlaku adalah kerana duit negara bocor sebab rasuah, penyelewengan.
“Bagi kepada kita (tadbir) kita tahulah nak buat macam mana. Konsep Islam, orang berada mengambil tanggungjawab, orang miskin tidak akan dibebankan, itu akan berlaku,” katanya.

0 Komen pengunjong :