Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dakwa wartawan jika fitnah, bukan tangkap


KUALA LUMPUR : AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan undang-undang mana yang digunakan oleh pihak polis merampas rakaman wartawan pada Bersih 3.0 semalam.

“Undang-undang mana PDRM pakai sehingga boleh menahan dan merampas rakaman beberapa aksi keganasan polis di himpunan Bersih 3.0 pada 28 April?” tanya beliau dalam satui kenyataan.

Baginya, ia  satu pencabulan terhadap hak wartawan yang dijamin oleh undang-undang.

Semalam, antara yang ditahan adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin, di mana kamera dan kad memori telah dirampas.

Begitu juga seorang wartawan akhbar Guang Ming Daily selepas beliau enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.

“Di dalam peperangan pun wartawan dilindungi. Tugas mereka merakam dan melaporkan.

“Jika laporan mereka berupa fitnah maka tindakan boleh diambil, bukan menangkap dan merampas serta mengganggu tugas wartawan,” kata Idris lagi.

Beliau berkata, tindakan tidak profesional anggota polis amat memalukan kerana ianya satu badan yang sepatutnya bertindak secara adil untuk keamanan rakyat.

0 Komen pengunjong :