KUALA LUMPUR — Tindakan melepaskan tembakan gas
pemedih mata ke arah 25,000 perusuh yang berhimpun menuntut pilihan raya
adil dan bersih semalam adalah pencetus kepada keganasan, kata Bersih.
Kumpulan berkenaan menegaskan ketika sidang media hari ini
perhimpunan tersebut yang pada mulanya aman bertukar ganas setelah “gas
pemedih mata dilepaskan”.
“Siapa yang lepaskan gas pemedih mata? Itu adalah punca berlakunya
keganasan,” kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Organisasi
gabungan 84 NGO itu mengakui sebahagian peserta merempuh sekatan
halangan polis di sekitar Dataran Merdeka, yang mana melanggar ntah
mahkamah, sebelum polis bertindak, turut menegaskan perusuh diarahkan
tidak memasuki kawasan dataran tanpa kebenaran polis.
Ambiga berkata, “sekurang-kurangnya satu atau dua tembakan cukup”
untuk menyuraikan perusuh, namun polis “terus melepaskan gas pemedih
mana”.
“Ini menunjukkan polis diberi arahan untuk menghukum. Siapa beri polis arahan?” soal bekas Pengerusi Majlis Peguam ini lagi.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais, menambah,
“rantaian keganasan” hanya berlaku apabila “gas pemedih mata dilepaskan
kepada mereka yang mahukan demonstrasi duduk bantah yang aman”.
Pertubuhan itu mendesak inkuiri penuh oleh Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (Suhakam) terhadap perhimpunan itu, malah kepada individu yang
melepasi halangan sekatan.
Lebih 25,000 perusuh disuraikan anggota polis menggunakan meriam air
selepas beberapa perusuh mula menceroboh kawasan Dataran Merdeka dan
menyelamatkan diri ke bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebahagiaan 15,000 tersepit antara polis dan DBKL memecahkan halangan
dan bergerak ke Dataran Merdeka, menyebabkan polis melepaskan gas
pemedih mata dan meriam air.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, telah cuba berunding dengan polis,
yang menggesa Ahli Parlimen Gombak itu menenangkan perusuh. Namun,
mereka berdegil menceroboh kawasan dataran walaupun telah dinasihatkan
tidak berbuat demikian.
Polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan sekitar DBKL, berhadapan
Jalan Parlimen, dan bergerak ke arah perusuh yang cuba mencari
perlindungan dan dihalau ke Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut.
Berang dengan tindakan itu, perusuh kemudiannya menyerang kereta
pihak polis yang kemudiannya melanggar sekurang-kurangnya dua perusuh
ketika cuba melepaskan diri.
Walaupun majoriti perusuh bersurai, sekunpulan 1,000 perusuh kemudiannya mencabar polis berhampiran Masjid Jamek.
Seorang anggota polis dilihat mengheret seorang lelaki yang mana
mengakibatkan perusuh menyerangnya dengan membalin botol air dan
kepingan konkrit.
Konvoi polis bersama Datuk Bandar KL Tan Sri Ahmad Fuad Ismail
terpaksa melakukan pusingan U di Masjid Jamek apabila kumpulan perusuh
membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah mereka yang menyebabkan
cermin dua kereta itu pecah.
Bersih turut berkata, 460 perusuh ditahan polis, kurang satu per tiga daripada perhimpunan 9 Julai tahun lalu.
Antara yang terakhir dibebaskan menurut ahli jawatankuasa pemandu
Bersih, Maria Chin Abdullah, adalah Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang,
yang dibebaskan jam 5 pagi hari ini.
0 Komen pengunjong :