Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Chegu Bard: Pindaan AUKU Hanya Retorik


SHAH ALAM 10 APR : Pindaan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam hanya retorik semata-mata dan jauh dari landasan yang diharapkan.
Tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, seharusnya AUKU bukan sekadar dipinda tetapi dimansuhkan terus.
“Ini kerana roh kewujudan AUKU itu sendiri adalah untuk memandulkan pemikiran golongan terpelajar dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dimana ianya khusus bertindak sebagai senjata kerajaan dalam mengekang suara dan kebebasan akademik serta kegiatan golongan mahasiswa dan kakitangan IPT suatu ketika dahulu.
“Jadi, pindaan yang dilakukan ini langsung tidak memberi apa-apa makna selain suatu tindakan retorik akibat desakan dan tekanan daripada golongan mahasiswa,” jelas Chegu Bard.
Pindaan tersebut juga bukan suatu perkara yang pelik kerana menurut Chegu Bard, sebelum ini lagi Umno/BN bebas menganjurkan sebarang aktiviti dalam IPT.
“Siapa yang mampu menafikan semua kenyataan ini bahawa mereka bebas keluar masuk IPT?
“Sebelum ini lagi sudah wujud penglibatan pelajar dalam parti politik tetapi hanya untuk Umno dan Barisan Nasional sahaja, ” sambung Chegu Bard yang dihubungi melalui panggilan telefon.
Beliau turut menambah, pindaan yang dibuat juga tidak mengambil kira pandangan semua pihak yang berkaitan sebaliknya melibatkan pentadbiran rejim pemerintah semata-mata.
Dengan itu, Chegu Bard menolak pindaan yang dilakukan dan mencadangkan agar satu penggubalan semula undang-undang dilakukan.
“Penggubalan tersebut harus melibatkan wakil-wakil IPT dan perlulah bersifat menjamin kebebasan akademik yang sewajarnya.
“Ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang mempunyai jatidiri yang bebas dalam melontarkan pandangan dan kritikan terhadap apa jua yang berlaku dalam negara ini,” kata Chegu Bard.

0 Komen pengunjong :