Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah

Skandal kayu lebih panas dari NFC: PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah

Pemimpin-pemimpin PKR telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah, Menteri Luar persekutuan, berkenaan skandal kayu RM400juta .
"Kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengarahkan Anifah dan Musa supaya mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan pastikan mereka bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.

Pertolongan seorang abang

Pemberi maklumat laman web Sarawak Report telah menuduh Anifah kerana menerima lesen pembalakan secara "rahsia" terima kasih kepada pengaruh Musa. PKR telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji rasuah berkaitan pembalakan tiga bulan lalu dan usaha mereka telah membuahkan hasil. Mereka merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut kepada pihak awam jika Najib enggan untuk bertindak.
Dengan itu, PKR yang diketuai Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghasilkan kegelisahan dalam BN, terutamanya Umno dengan pendedahan yang berterusan baru-baru ini yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah di Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan oleh keluarga bekas menteri Shahrizat Jalil.
Menurut Rafizi, skandal rasuah pembalakan Sabah akan menjadi lebih "besar" daripada kejatuhan  RM250juta rasuah NFC - krisis yang Najib tidak mampu pertahankan kerana dia dijangka untuk memanggil pilihanraya umum mengejut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beribu-ribu dokumen

Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking, yang juga berada di sidang akhbar itu, mengesahkan bahawa Pasukan Petugas Khas PKR tersebut kini mempunyai dalam pegangan mereka "beribu-ribu muka surat" dokumen, termasuk kertas penyiasatan skandal rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sendiri, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report minggu lepas.
Rafizi dan Leiking telah mendedahkan bahawa SPRM, selepas penyiasatan selama dua tahun yang teliti, yang bermula pada 2008, sudah mengesyorkan pendakwaan bagi kedua-dua lelaki itu tetapi Jabatan Peguam Negara enggan untuk mengambil tindakan, atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
"Oleh itu, PKR ingin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sepenuh peluang untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka, kerana SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh," kata Rafizi.
Beliau juga menyeru kepada Najib untuk menggantung Peguam Negara, Gani Patail, kerana dia telah terlalu kerap dikaitkan dengan skandal rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi BN. "Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar kes-kesnya," kata Rafizi.
Turut hadir ialah naib presiden PKR Nurul Izzah dan MP Subang Sivarasa Rasiah.

Malaysia Chronicle

0 Komen pengunjong :