(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta
orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis
diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di
bawahnya)
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan
penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk
menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas
dilanggar.
Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang
kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga
gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.
Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.
(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas
melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia
dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)
Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan
hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya
Sogo.
"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian
polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check,
rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah
Sahabat Bodoh (SB)...!
"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.
"Berita
yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang
dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis,
sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan
wanita tu.
(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)
"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.
"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.
"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.
"Ya,
memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat
sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.
Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.
(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan
seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara
rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)
Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring
dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara
seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis
itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar.
(Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan)
Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih
3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi
keledar.
Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.
Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi
membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta
itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada
orang yang terperangkap di bawah kereta itu.
0 Komen pengunjong :