Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0


Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.

"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.

"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.
Tambahnya, kegagalan SPR untuk menangani aduan serta tuntutan berkenaan akan membentuk persepsi negatif terhadap badan berkenaan.

"Bahkan ia menafikan peluang untuk badan terbabit memperbaiki serta mengembangkan tatacara pengendalian pilihanraya yang lebih cekap dan berintegriti," katanya lagi.

0 Komen pengunjong :